? ????? ?????? ???? ??? ????? ?????

  1. ??? ??????? ??????? ?????? ???????? ?????? ?????.
KASKUS.COM

Seperti yang kita tahu orang Jepun ini sangat lah berdisiplin dalam kehidupan seharian mereka, selain budaya disiplin orang Jepun juga terkenal dengan budaya menghormati sesama mereka. Jika anda semua pergi ke Jepun nanti cuba perhatikan bagaimana orang Jepun ini sangat disiplin dalam menjaga masa mereka. Jika kita menunggu kereta api, contoh jadual kereta api menunjukkan akan sampai pada jam 9 pagi, cuba anda perhatikan kereta api yang akan sampai pada platform akan sampai awal 5 minit atau awal 2 minit dari jadual yang ditetapkan. Ini menunjukkan orang Jepun sangat lah efisien dalam mengikut masa yang telah ditetapkan.

Selain itu orang Jepun juga mengamalkan budaya β€œOjigi” iaitu budaya tunduk tanda penghormatan pada orang lain. Ojigi ini terdapat pelbagai bentuk dan gaya mengikut situasi. Ada situasi yang memerlukan tunduk separa dan ada situasi yang perlu tunduk 90 darjah dan ada situasi yang perlu untuk tunduk melutut. Jadi jika anda semua nak tahu apa maksud yang tersirat di sebalik tundukkan itu jom ke Jepun !!

2 . ??? ????? ?????? ????? ??????? ?????? ??? ?????????? ?????.

freeDesignFile.com

Negara canggih tapi masih mengekalkan pakaian tradisional nenek moyang mereka, ianya bukan sesuatu yang pelik jika anda pergi ke Jepun dan melihat ramai wanita Jepun memakai kimono dan bersiar siar di Bandar Tokyo, Osaka dan bandar bandar besar di Jepun, kerana ianya adalah sebahagian budaya Jepun menunjukkan mereka tidak melupakan pakaian tradisional yang telah dipakai oleh nenek moyang mereka sejak dari zaman Edo lagi. Salah satu budaya yang unik tentang Jepun adalah seorang wanita Jepun akan memakai kimono dan berjalan jalan di sekitar kawasan rumah mereka bagi menunjukkan bahawa mereka sudah meningkat dewasa


3. ??? ????? ????? ?????????? ?? ?????

Seperti yang selalu disebut didalam blog traveler dan penulisan pengembara yang sudah berpengalaman ke Jepun kebanyakan mereka akan menyebut tentang tahap kebersihan yang telah dicapai oleh orang Jepun ini sangat lah terbaik. Malu untuk kita bandingkan Negara Jepun dan negara kita ini, perbezaan kita dengan mereka sangat lah jauh seperti langit dan bumi. Tidak perlu perbandingan yang besar cukup lah kita bandingan tandas awam mereka dan tandas awam kita, kebayakkan tandas awam di Jepun sangat lah bersih dan selamat digunakan tanpa rasa was-was. Tapi anda perlu tahu tatacara menggunakan tandas di Jepun ini, dibawah ini saya kongsikan butang penting untuk menggunakan tandas di Jepun.

survivnginjapan.com


4. ??? ????? ???????? ?????? ????? ?? ?????.

Tahukah anda di Jepun ada satu lintasan yang paling sibuk di dunia, lintasan terletak di Shibuya, Tokyo. Shibuya adalah pusat bandar yang pesat dengan bangunan pejabat, pusat beli-belah dan pusat tarikan pelancong, Anggaran jumlah orang yang akan melintas di lintasan ini dalam sehari adalah sebanyak 2.4 juta orang. Dan anggaran sekali lintasan adalah sebanyak 2500 orang. Banyakkan orang melintas di sini, lintasan ini juga dipanggil sebagai β€œZebra Crossing”.


5. ??? ??????? ???????????? ?????? ??? ???? ?????.

JapanRailPass.com

Kereta api adalah adalah pengangkutan utama di Jepun, cerita tentang kereta api satu dunia tahu bahawa Jepun adalah negara yang terawal yang sangat maju dalam pembinaan kereta apinya. Jika kita boleh lihat di Jepun pelbagai kereta api unik dan moden ada disana. Contoh kereta yang paling terkenal adalah β€œShinkasen” dalam kategori shinkasen ini terdapat banyak jenis ada shikasen yang bertingkat, ada yang berbentuk muncung itik dan bermacam lagi. Ada juga kereta api β€œold school” yang mengekalkan reka bentuk asli tapi berteknlogi canggih contohnya kereta api yang menuju ke Arashiyama.


?? ????? ??? ???? ???? ??????? ???? ???? ?????????? ??? ?????? ???? ??????? ???? ??????? ???? ????? ?????. ???? β€œ?????? ???? ????????? ???? ??????? ??????????”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *