5 tempat makan top jika anda ke Kuantan!

Kuantan mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi untuk percutian didalam negara. Oleh yang demikian terdapat pelbagai juga tempat makan menarik untuk dikunjungi. Disini anda boleh menikmati beberapa makanan yang sedap ketika berkunjung ke Kuantan, Pahang.

Credit: Unsplash

1.Restoran Nasi Kerabu Mek La

Credit: halalfoods

Bagi peminat tegar makanan tradisi melayu Kelantan, terutamanya nasi kerabu dan juga ia menyediakan pelbagai jenis pilihan ikan celup tepung, daging bakar, ayam bakar, telur masin, ayam masak merah dan yang paling penting solok lada dan juga pelbagai jenis lauk yang boleh dipilih mengikut citarasa para pengunjung. Selain nasi kerabu, terdapat juga juadah lain seperti laksam, laksa, nasi berlauk, pulut putih dan pulut manis yang dimakan dgn kelapa. Terdapat juga makanan seperti mee kari ayam, yong tau foo, dimsum dan lain-lain. Sesiapa yang berkunjung ke Kuantan wajib try nasi kerabu Mekla. Restoran ini dibuka dari jam 7.30pg sehingga 10malam.

2. Restoran Mabiq

Credit: Restoran Mabiq Blogspot

Jika berkunjung ke negeri Pahang Darul Makmur, rasanya tak lengkap jika tidak mencuba menu wajib mereka iaitu Gulai Tempoyak Ikan Patin. Perjalanan 10minit dari bandar Kuantan, restoran Mabiq yang terletak di Tanjung Lumpur. Antara menu special yang terdapat di restoran ini ialah gulai tempoyak ikan patin dan pais ikan patin. Selain harga yang berpatutan, rasanya juga sangat sedap kerana ikan patin yang mereka masak tidak berbau hanyir. Kepada yang ingin berkunjung ke Kuantan, anda harus pergi ke restoran ini yang beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat dari jam 10pg hingga 4.30 ptg.

3. Kula Cakes by Lila Wadi

Credit: Booking.com

Bagi anda yang sukakan kemanisan atau dessert pastinya anda tidak akan ,melepaskan peluang untuk mencuba dessert di Kula Cakes yang terletak di Jalan Besar, Kuantan. Antara signature dish yang terdapat di Kula Cakes adalah Mango Cheesecake yang sememangnya sangat sangat sedap! Menu lain yang terdapat disana juga ialah Pavlova, Burnt Chessecake dan pelbagai lagi dessert yang mampu menarik hati anda. Rugi jika anda tidak berkunjung kesini. Ia juga beroperasi setiap hari dari jam 11pg hingga 7malam.

4. Celup Tepung Hujung Tanjung

Credit: myjoexshoppe via Twitter

Tak sah rasanya jika berkunjung ke sebelah pantai timur jika tidak pekena pelbagai jenis celup tepung. Terletak di Perkampungan Tajung Lumpur, ianya betul-betul berdekatan dengan hujung tanjung. Lokasinya yang menenangkan, enak rasanya jika pekena sotong, udang, ikan dan pelbagai lagi jenis hidupan laut yang dicelup bersama tepung. Tidak ketinggalan, mereka menyediakan air kelapa didalam tempurung kelapa tersebut. Rugi rasanya jika tidak mencuba minum petang disini. Beroperasi setiap hari dari jam 12.30tengahari sehingga 7malam.

5. Ana Ikan Bakar Petai

Credit: Youtube

Terletak berhampiran dengan Swiss-BelHotel di Tanjung Lumpur, Ana Ikan Bakar Petai menawarkan pelbagai jenis ikan untuk dibakar dan yang paling famous disini ialah ikan bakar masak petai dan ketam masak telur masin, juga terdapat pelbagai lagi menu lain yang patut anda cuba. Rugi jika anda tidak singgah dinner disini kerana makanan yang dihidangkan semuanya sedap dan masakan laut mereka segar-segar belaka. Restoran ini dibuka setiap hari bermula dari jam 5ptg sehingga 12tengah malam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *