Apa yg ada di Taman Eco Rimba KL?

Credit: Sinar Harian, 1step1footprint

Taman Eco Rimba-Bukit Nanas ni terletak di tengah bandar Kuala Lumpur iaitu diantara Jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan. Ia telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal pada tahun 1906. Taman ini berkeluasan sebesar 17.50 hektar dan kini mempunyai keluasan lebih kurang 9.3hektar.

Sesiapa yg ingin berkunjung dan beriadah kesini, pastikan anda membaca papan tanda yang disediakan dan mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan di papan tanda tersebut, bukan apa, ini bertujuan untuk menjaga kebersihan kawasan rekreasi ini.

Di Taman Eco Rimba KL ni juga terdapat canopy walk sepanjang 200meter dan ianya berbaloi untuk dicuba bg first timer yg teringin lakukan cabaran tapi agak gayat. Canopy walk mempunyai 9 tower dan ianya dikira mengikut abjad seperti B-J dan tower yg terakhir berada di pintu masuk Menara Kuala Lumpur. Setiap daripada tower akan ada gambar pokok dan QR code utk memudahkan pengunjung mengetahui info-info yang berkaitan.

Antara trails yg ada di Taman Eco Rimba KL:

  • Jelutong Trail (300m)
  • Merbau Trail (361m)
  • Herbs Garden & Nurseries
  • Birds
  • Canopy Walk (approximately 200m)

Masa yang diperlukan untuk berjalan di Taman Eco Rimba ni dianggarkan dalam masa 2jam. Disini juga ada disediakan kemudahan seperti Surau, Tandas, Gazebo utk beristirehat, Dewan, Pusat Maklumat dan juga padang. Caj yang dikenakan untuk parking adalah RM10 manakala masuk ke Taman Eco Rimba ini adalah percuma.

Masa melawat: 7pg hingga 6ptg dibuka setiap hari termasuk cuti umum.

Untuk info lebih lanjut:

Forestry Department of Peninsular Malaysia Headquarters,
Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur.

Phone No: +603-2070 6342
Fax No: 603-2692 5657
Hotline : 1-800-88-5776
Email : webmaster[at]forestry.gov.my
website: www.forestry.gov.my

Semoga Bermanfaat 🙂

Sumber: Official Visit Kuala Lumpur, zazaiman

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *