Dalam setiap pengembaraan, pasti anda akan melakukan bermacam-macam jenis kesilapan dan kesalahan. Namun hal ini akan menjadikan anda lebih memahami selok-belok pengembaraan. Tahukah anda dengan pengetahuan dan cara yang betul, anda akan mampu menjimatkan begitu banyak kos, masa, bertemu rakan baru dan mampu memastikan perjalanan anda selamat?
1. Jadilah Adventurous
Kita hanya hidup satu kali. Kita hanya akan berpeluang untuk buat perkara “Gila-Gila” yang tidak pernah kita bayangkan bila kita travel ni. Jadi jangan takut, kira satu, dua, tiga “Jalannnnn!”, buat je. Kita datang jauh jauh mesti pulang dengan sesuatu kan! Bila ada orang ajak buat benda yang kita tak pernah cuba seumur hidup, cakap YES! cakap JOM! buat je! tak kira lah rock climbing ke, spelunking ke, terjun tali dari bangunan tinggi ke atau apa apa perkara sekalipun, inilah masanya, jangan takut-takut, nanti menyesal. Tiada siapa pun yang boleh menilai anda, tiada siapa kisah pun, sentiasa Push diri kita untuk buat sesuatu yang baru dan cuba benda yang baru sekurang-kurangnya sekali seumur hidup
2. Aktifkan Transaksi Luar Negara kad ATM
Setiap kali anda travel, jangan lupa untuk Aktifkan transaksi luar negara untuk Kad (Debit) ATM anda, tak kira lah kad Maybank ke, CIMB ke, atau mana-mana bank sekalipun. Kadangkala kita dah bawa duit yang cukup untuk travel tapi kita tak tahu jika tiba-tiba kita akan alami keadaan yang mana duit kita tak mencukupi ke, duit hilang ke, kalau kad belum di aktifkan nanti tersadai di negara orang. Jadi kalau dah diaktifkan awal-awal ketika di Malaysia (atau negara sendiri) maka selamat lah sekiranya ada berlaku kecemasan. Caranya anda boleh aktifkan melalui laman web bank masing-masing atau hubungi terus bank untuk aktifkan ia secara atas talian. Ini bagi siapa yang guna Kad Debit lah, pasti anda akan bersyukur nanti kalau anda amalkan
3. Jangan bawa semua duit ketika day tour
Apabila anda keluar untuk berjalan semasa mengembara, tidak perlu untuk membawa kesemua barangan anda terutamanya kad bank kedua (backup) atau duit “backup” yang anda bawa bersama, tinggalkan ia dalam tempat berkunci di hotel atau hostel anda. Mana tahu ketika anda mengembara, tiba-tiba diragut atau dirompak, sekurang-kurangnya masih ada duit atau kad backup yang anda tinggalkan di hotel atau hostel yang anda menginap.
4. Sertai program “Frequent Flyer”
Dengan menyertai program “frequent flyer” ini, anda akan mendapatkan banyak bonus atau point-point yang akan bermanfaat buat anda suatu hari nanti. Jangan fikir sangat berapa tahun lagi baru anda dapat penerbangan percuma, tapi fikir lah yang anda telah memanfaatkan setiap penerbangan anda untuk menfaat di hari akan datang. Jadi jangan lupa untuk daftarkan diri anda dengan program-program loyalti yang dianjurkan oleh syarikat penerbangan yang anda kerap gunakan
5. Travel solo
Sekurang-kurangnya satu kali seumur hidup, kami sangatlah cadangkan untuk anda cuba travel solo. Bila anda travel solo ni anda akan belajar banyak perkara.
Apabila anda travel solo, anda akan merasa kebebasan yang sebenarnya dan anda akan bebas melakukan apa sahaja yang anda rancang tanpa gangguan siapa pun.
Sekiranya anda menghadapi masalah ketika travel solo ni, anda akan mencari jalan penyelesaian sendiri dan mula untuk bertanya dengan orang tempatan di tempat anda travel, ini akan membuatkan anda menjadi lebih
“independent” dan berani
6. Belajar frasa ringkas negara yang anda lawati
Penduduk tempatan tidak pernah mengharapkan anda untuk pakar dalam bahasa mereka, tapi sekiranya anda mampu menguasai sedikit sebanyak frasa frasa dalam bahasa mereka, ini akan menyebabkan mereka berasa teruja dan bersedia memberikan anda perkhidmatan dan bantuan yang lebih. Belajar lah cakap “terima kasih, apa khabar, selamat pagi dan lain-lain”. Belajar sahaja bahasa mereka tak kira lah ke mana pun anda pergi
7. Cuba duduk di hostel
Berkenalan dengan traveler yang lain dan bertukar-tukar pengalaman dengan mereka akan membuatkan anda lebih memahami selok-belok pengembaraan berdasarkan pengalaman orang yang berbeza-beza. Tak semua “hostel” adalah kotor, banyak sahaja hostel yang selesa dan menyeronokkan. Jadi jangan sempitkan pemikiran anda tentang hostel. Kebanyakan hostel sekarang adalah lengkap dengan fasiliti katil yang selesa, locker, tandas yang lengkap dengan shampoo dan sabun, Wi-Fi, cadangan-cadangan lawatan dan lain-lain.
Hostel bukanlah hanya untuk orang muda, tapi kalau anda melancong ke banyak tempat, anda akan dapati di hostel-hostel ni ada manusia dari pelbagai lapisan umur dan latar belakang, keluarga pun ada tau. Ada hostel yang menyediakan dapur untuk anda masak sendiri tau.
8. Cuba makanan tempatan
Semasa anda travel ni, pastikan anda mencuba makanan-makanan tempatan di tempat yang anda lawati. Masa ini lah anda nak merasa makanan dari tempat-tempat berbeza, boleh juga anda cuba makanan-makanan yang anda tak pernah suka dan minat, tapi ketika travel, jadi lah adventurous dan cuba lah sekali seumur hidup, pasti akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Yang penting, kena pastikan Halal dulu tau hehe..
9. Beli travel Insurance
Dengan travel insurance ni, anda akan dipelihara dengan jaminan insurans, jadi anda tak perlu bimbang sekiranya anda mengalami masalah kehilangan barangan, bagasi anda pecah ke, tiba-tiba sakit ketika travel dan perlu admit di hospital dan sebagainya. Alahai berapa ringgit je sehari kalau kira. Inshaallah berbaloi
10. Jadilah Fleksibel dengan plan anda
Travel ni adalah perjalanan yang tak disangka sangka yang akan membuka dari satu per satu jalan yang akan membuatkan pengembaraan anda menjadi menarik tanpa dirancang
Ramai orang yang menyesal setelah mereka pulang dari travel kerana ketika travel mereka tak menikmati pengembaraan yang terbaik disebabkan terlalu mengikut itinerari yang mereka rancangkan, atau mengikut itinerari orang lain sedangkan banyak perkara yang tidak disenaraikan dalam itinerari yang patut mereka pergi dan lebih menyeronokkan.
Oleh itu, rancanglah pengembaraan anda dengan sebaiknya, jangan ikut orang lain. Jadilah pengembara yang hebat! Selamat mengembara