- Baklava
Baklava merupakan dessert nasional Turki. Baklava adalah pastri renyah berlapis yang lazat dengan isian kacang pistachio. Pada umumnya baklava akan dipotong sebelum dipanggangdi oven. Selepas pastry itu akan disiram dan sirup manis yang berpirasa bunga ros.
Terdapat pelbagai variasi Baklava di Turki. Walaubagaimanapun kebanyakaanya bersetuju bahawa variasa Baklava yang terbaik datang dari Gaziantep dan kedai kedai Baklava terkenal di Istanbul.
2. Dondurma
Dondurma juga dikenali sebagai Ais Krim Turki(Turkish Ice Cream). Ais Krim ini amat unik kerana ia mempunyai takat lebur yang rendah dan teksturnya elastik dan boleh dikunyah.Ais krim ini diperbuat daripada salep, sejenis akar bunga orkid liar.
Ais Krim ini sentiasa dijual oleh penjual di kios-kios tepi jalan yang membuat sebuah persembahan yang amat mengkagumkan pembeli.Dondurma terbaik datang dari Maras,Turki dan ramai makan dondurma dengan garpu dan pisau.
3. Kunefe
Sama halnya dengan baklava dan dondurma, kunefe juga merupakan salah satu hidangan khas Turki yang sudah terkenal di dunia. Desset ini dibuat daripada mirip pastri pada umumnya, namun dengan keju leleh dibagian tengah dan kacang pistachio pada bahagian atasnya. Jangan lupa dengan sirup berpirasa rosa tau saffron yang disiram pada bahagian atas kunafe, tentu akan semakin menambah cita rasa.
Jika berminat untuk mengikuti kami ke sini boleh klik sini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang pakej kami.