4 Bahasa Utama Di Switzerland

Negara Switzerland tidak seperti negara2 lain yang mempunyai 1 atau 2 bahasa utama untuk berkomunikasi di negara mereka. Swiss mempunyai 4 bahasa yang diisytiharkan sebagai Bahasa utama di negara mereka iaitu Jerman, Perancis, Italia dan Romansh.

1. Jerman

Swiss Jerman banyak digunakan di bahagian utara, timur dan bahagian tengah Swiss. Sebanyak 63% penduduk Swiss yang menggunakan Bahasa jerman dan menjadikannya Bahasa no 1 yang digunakan di Swiss.

Jika ada yang berminat untuk melancong ataupun pergi sambung belajar di wilayah Swiss yang menggunakan Bahasa Jerman, Anda harus tahu bahawa Bahasa ini mempunyai dialek yang berbeza. Jadi anda mungkin akan keliru jika sudah biasa dengan Bahasa Jerman yang standard. Penduduk disitu memanggil Bahasa ini sebagai Dialekt, Mundart ataupun Dutsch.

2. Perancis

Swiss Perancis adalah Bahasa kedua terbanyak yang digunakan oleh penduduk di situ. Ianya digunakan di sebahagian besar Swiss barat, termasuk Kawasan Geneva, Vaud, Neuchatel dan Jura.

Walaupun Bahasa yang digunakan itu dipanggil perancis. Terdapat perbezaan sedikit antara Bahasa Perancis di Swiss dengan Standard Perancis. Ramai yang mengatakan Swiss Perancis kedengaran lebih lambat kerana vokalnya yang lebih Panjang.

Ianya satu kelebihan bagi pelancong yang belajar Bahasa Perancis kerana dapat dengar dengan jelas jika berbicara dengan penduduk tempatan di situ yang guna Swiss Perancis.

3. Italia

Swiss Italia pula digunakan di Kawasan Ticino dan bahagian selatan Graubunden. Menariknya Kawasan ini, diorang mempunyai budaya yang menarik kerana mereka menggabungkan budaya Swiss dan juga Itali.

Budaya ini menjadi salah satu tarikan kepada pelancong2 yang ingin melancong ke Switzerland.

4.Romansh

Yang terakhir adalah Bahasa yang dipanggil Romansh. Dengan hanya lebih kurang 37 ribu penduduk yang menggunakannya, ianya jadi sebagai Bahasa yang paling sedikit digunakan di Swiss.

Walaupun begitu, Bahasa ini mempunyai sejarah yang luas. Pada tahun 15 SM, Ketika penaklukan Rhaetia, Bahasa mereka dipengaruhi oleh penduduk asli. Meskipun Bahasa ini tidak terlalu terkenal, ia masih digunakan dalam pemerintahan, Pendidikan dan komunikasi.

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain