1. Masjid Biru
Masjid Biru / Blue Mosque juga dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed merupakan masjid yang dibina pada abad ke-17 di mana, ianya masih lagi aktif digunakan sebagai tempat beribadat hingga ke hari ini. Masjid ini dihiasi dengan 20,000 jubin seramik dalam pelbagai reka bentuk tulip dan 200 tingkap kaca berwarna; semuanya dengan reka bentuk yang rumit lagi unik.
2. Masjid Fatih
Masjid Fatih merupakan sebuah masjid yang dibina sekitar tahun 1463 ke 1470 atas arahan Sultan Muhammad Al-Fateh. Ia dibina diatas tapak Gereja Byzantine yang sedang berada didalam kondisi yang agak teruk sekaligus diperintahkan untuk dirobohkan. Masjid Fatih ini merupakan projek monumental pertama dalam sejarah empayar Uthman.
3. Masjid Çamlıca
Masjid Agung Camlica, yang dianggap sebagai simbol terbaharu bandar ini sejak penubuhannya, direka bentuk dengan inspirasi daripada kedua-dua garis dan sejarah hari ini, serta seni bina Uthmaniyyah dan Seljuk. Masjid Büyük Çamlıca, masjid terbesar dalam sejarah republik Turki, yang asasnya diletakkan pada 6 Ogos 2013, dibuka untuk sebagai rumah ibadah pada 7 Mac 2019.Sebilangan besar negarawan dari seluruh dunia dan pemimpin agama menghadiri upacara pembukaan, yang dilengkapi dengan bendera Turki.
4. Masjid Suleymaniye
Kebanyakan pengunjung yang datang ke Masjid Suleymaniye berkata bahawa keindahan dan kedamaian yang mereka lihat di sini memberikan mereka inspirasi kerohanian. Terletak di Third Hill, Instanbul, masjid ini telah diarahkan pembinaannya dalam tahun 1550 oleh Sultan Suleyman the Magnificient (Sultan Sulaiman Yang Hebat). Masjid ini sesungguhnya indah, menggabungkan seni bina Islam dan Byzantine.
Jika berminat untuk mengikuti kami ke sini boleh klik sini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang pakej kami.