4 negara dengan Gunung Berapi terbanyak di dunia

1. Amerika Syarikat

Gunung Shilshaldin

Amerika syarikat merupakan negara yang memiliki gunung berapi terbanyak di dunia. Terdapat sebanyak 173 gunung berapi di Amerika Syarikat. Gunung berapi di Amerika Syarikat berada di Alaska dan Hawaii. Letusan gunung berapi di Alaska hampir setiap tahun terjadi. Dan gunung berapi yang terdapat di Hawaii iaitu Gunung Kilauea dikategorikan sebagai gunung berapi yang paling aktif di dunia.

2. Rusia

Gunung Klyuchevskaya Sopka

Rusia mempunyai lebih kurang 166 gunung berapi dan merupakan negara kedua terbanyak di dunia yang mempunyai gunung berapi. Gunung Klyuchevskaya Sopka merupakan gunung berapi aktif paling besar di Kutub Utara dengan ketinggian 15.584 mdpl. Gunung berapi yang dikategorikan sebagai tidak aktif di Rusia ialah Gunung Bolshaya Udina.

3. Indonesia

Gunung semeru

Indonesia pula mempunyai lebih kurang 139 gunung berapi. Sebahagian besar gunung berapi di Indonesia terletak di Busur Sunda (Sunda Arc) iaitu zon yang membentuk Pulau Sumatera, Jawa dan Nusa Tenggara. Tidak pelik jika gunung berapi di Indonesia sering terjadinya letusan kerana Indonesia dikelilingi Cincin Api Pasifik (Ring of Fire).

4. Islandia

Gunung Askja

Negara Islandia adalah rumah bagi 130 gunung berapi. Sebahagian besar gunung berapi yang ada di Islandia terletak di Permatang Atlantik Tengah (Mid-Atlantic Ridge). Manakala di Greenland terdapat 30 gunung berapi dan 13 diantaranya telah melakukan aktiviti letusan sejak tahun 874M.

Sekian info gunung berapi kalau nak travel ke kawasan-kawasan ini boleh tetapi keselamatan perlulah menjadi keutamaan.

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain