5 Air Terjun Tercantik di Iceland

Iceland sebuah negara yang dipanggil “Land of Ice and Fire” kerana wujudnya kedua-dua unsur ni di negara ni.
Yang lagi bestnya, negara yang banyak gunung berapi, hot spring dan glasier yang menakjubkan ni juga mempunyai air terjun yang cantik dan memukau di sini.

Ni antara air terjun yang menakjubkan di Iceland.

  1. Gulfoss
  2. Skogafoss
  3. Seljalandsfoss
  4. Bruarfoss
  5. Haifoss

1. Gulfoss

sumber : orangesmile.com

Gulfoss boleh dikatakan air terjun paling popular di Iceland. Ia termasuk dalam Tour Golden Circle yang popular dalam kalangan pelancong di Iceland.
Ia boleh ditengok dari beberapa viewpoint untuk kita melihatnya dari sudut berlainan.

2. Skogafoss

Air terjun yang cantik ni terletak di Kampung Skogar. Jika berpeluang, anda boleh lihat pelangi yang cantik terbentuk di sini.
Rugi kalau tak bergambar kat sini.

3. Seljalandsfoss

Ia sebahagian dari sungai Seljalandsa yang mengalir dari Glasier Eyjafjallajokull. Menariknya air terjun ni kita boleh jalan di belakangnya dan menikmati pemandangan yang cantik di situ.

4. Bruarfoss

sumber : theworldtravelguy.com

Terletak di selatan barat Iceland dan sebahagian dari Sungai Bruara. Ia penuh dengan pelbagai siri air terjun yang kecil menjadikan ia lebih menarik dan cantik.

5. Haifoss

sumber : theworldtravelguy.com

Untuk ke sini hanya boleh menggunakan kenderaan 4WD sahaja kerana jalannya yang tidak rata dan sukar untuk dilalu. Di sini juga terdapat beberapa viewpoint yang menarik untuk kita menikmati pemandangan lanskap yang menakjubkan.

Jika anda pergi dengan kami, kita akan melawat 3 tempat terawal yang senaraikan di atas tadi. Boleh dapatkan maklumat lanjut disini.

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain