5 Destinasi Memukau Pandangan Di Pakistan

Pakistan merupakan destinasi pelancongan yang popular dengan kecantikan nature nya. Jika nak dibandingkan dengan dengan beberapa kawasan di Eropah, negara ni tak kalah indahnya pemandangan semula jadi di negara mereka.

Pakistan mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati untuk menikmati keindahan semula jadi di negara itu. Ini 5 tempat terbaik yang boleh anda terokai terutama kepada nature lover.

1. Islamabad

Islamabad merupakan bandar terancang dan juga sebagai Ibu Negara Pakistan. Bandar ini tersusun tanpa mengabaikan kehijauan di sekeliling bandarnya. Tempat paling popular di Islamabad adalah Masjid Faisal. Ia adalah sebuah masjid yang sangat cantik terutama ketika matahari terbenam dan waktu malam

2. Gilgit & Rakaposhi

Gilgit adalah ibu kota Gilgit Baltistan. Bandarnya terletak di lembah yang luas berhampiran pertemuan Sungai Gilgit dan Sungai Hunza. Paling best untuk ke sana adalah keindahan gunung-ganang yang ada di sana. Bertambah menarik lagi jika anda pergi ke viewpoint rakaposhi untuk menikmati pemandangan Pakistan yang indah dari puncak yang tinggi.

3. Karimabad, Hunza Valley

Karimabad terletak di Daerah Hunza. Antara tempat yang sememangnya pelancong yang datang ke Pakistan akan singgah di Karimabad adalah Tasik Attabad. Sebuah tasik biru yang cantik dan anda boleh sewa bot untuk menyusuri tasik ini. Selain itu, anda juga boleh ke Baltit Fort untuk menikmati pemandangan Karimabad dari tempat tinggi.

4. Passu

Passu merupakan kawasan kampung kecil yang terletak di wilayah utara Hunza. Passu adalah destinasi pelancongan yang terkenal kerana pemandangan gunung Passu yang cantik sebagai latar belakang untuk bergambar.

5. Naran

Naran juga antara destinasi yang terkenal dengan pemandangan yang memukau. Antara tempat yang best di Naran adalah Tasik Saif Ul Malook. Tasiknya yang biru dengan pemandangan gunung Kaghan yang cantik menjadikan ianya sangat popular dalam kalangan pelancong. Terdapat juga kawasan bukit hijau seakan permaidani untuk anda menikmati keindahan Naran iaitu Siri Paye.

Jom sertai trip kami ke Pakistan. Klik sini untuk dapatkan maklumat lanjut.

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain