Malaysia mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi terutamanya di Semenanjung Malaysia seperti tempat peranginan tanah tinggi, taman rekreasi, air terjun, tempat peninggalan sejarah, taman tema, pulau-pulau yang cantik dan macam-macam lagi. Terdapat senarai tempat menarik untuk pelancongan, kebudayaan dan adat resam, makanan tradisional, tempat bersejarah untuk dilawati, dan lain-lain aktiviti pelancongan sebagai rujukan dan panduan pengunjung yang ingin bercuti ke negeri tersebut.
1. Menara Kuala Lumpur
Kuala Lumpur ialah Ibu Negara Malaysia yang merupakan sebuah bandaraya yang sibuk yang tidak pernah tidur. Terdapat banyak tempat pelancongan yang boleh dilawati di sini. Antara yang menarik di Kuala Lumpur ini ialah Menara Kuala Lumpur. Yang merupakan Menara telekomunikasi tertinggi di Malaysia ini bukan sahaja berfungsi untuk tujuan perhubungan semata-mata malah merupakan antara tarikan pelancongan di Kuala Lumpur yang paling menjadi tumpuan pelancong. Di sini, terdapat revolving restaurant yang sangat unik suasananya yang boleh anda bersantapan Bersama keluarga dan kawan-kawan.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk ke observation deck untuk melihat panorama Bandaraya Kuala Lumpur dari sudut yang sangat menarik. Jika anda ingin cuba aktiviti yang menggayatkan, anda tidak perlu travel jauh-jauh lagi, kerana di Menara Kuala Lumpur juga ada tarikan sebegini yang dikenali dengan nama SkyBox KL Tower. Mana tidaknya, berdiri di atas cermin kaca dengan ketinggian 300 meter, pasti akan membuatkan jantung anda berdetak dengan lebih kencang.
2. Pulau Redang, Terengganu
Siapa tidak kenal Pulau Redang, di sinilah anda dapat melihat penyu bertelur kerana pulau ini adalah tapak pemuliharaan penyu yang penting di Terengganu. Bagi anda yang inginkan kepuasan bercuti di pulau di Terengganu, ini boleh dijadikan sebagai pilihan utama kerana ia adalah salah satu pulau yang tercantik dan terbesar di bahagian pantai timur negara ini. Di sini, anda sekeluarga dapat melakukan banyak aktiviti menarik seperti jungle trekking, menyelam skuba, berenang dan snorkeling. Dalam banyak-banyak aktiviti yang terdapat di sini, salah satu yang tidak patut anda lepaskan adalah menyelam di lautan sekitar pulau ini terutamanya pada waktu tengahari ketika mana cahaya mentari menembusi air laut memperlihatkan keindahan panorama hidupan marin batuan karang dan ikan yang penuh warna-warni.
Untuk pengetahuan anda, di sekitar perairan pulau indah ini juga terdapat 2 buah tempat karamnya kapal lama ketika Perang Dunia Kedua iaitu kapal H.M.S Prince of Wales dan H.M.S Repulse. Menarik bukan? Untuk menuju ke sini, anda boleh menaiki bot yang disediakan di jeti yang tidak jauh dari Pasar Payang di Kuala Terengganu.
3. Penang State Museum & Art Gallery
Penang State Museum and Art Gallery menempatkan pelbagai hasil seni dari tahun 1965 hinggalah yang terkini. Muzium seni ini pada asalnya bertempat di Lebuh Farguhar sebelum dipindahkan ke Dewan Sri Pinang pada tahun 1994. Terdapat dua bahagian galeri di muzium ini iaitu galeri tetap yang terletak di tingkat 3 dan galeri seni kontemporari (sementara) di tingkat bawah Dewan Sri Pinang. Galeri atau pameran tetap menempatkan pelbagai jenis koleksi yang termasuklah karya lukisan, ukiran, printing, foto, seni bina, seni rekaan, pertunjukan, filem, seramik dan banyak lagi. Manakala untuk ruangan seni sementara pula mempamerkan hasil seni visual yang dipilih berdasarkan tema pameran yang telah ditetapkan. Selain pameran seni, muzium ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh diikuti seperti forum, bicara seni, workshop, pertandingan dan sebagainya.
4. Kota A Famosa, Melaka
Percutian ke Melaka tidak lengkap kalau tidak melihat dengan mata kepala sendiri ikon utama pelancongan negeri Melaka iaitu Kota A Famosa. Kota A Famosa merupakan mercu tanda paling popular dan sering menjadi struktur ikonik di dalam poskad dan setem negeri Melaka. Mengikut sejarah Ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka. Tarikan di sini yang paling utama tidak lain dan tidak bukan adalah pintu gerbangnya yang berusia leboh 500 tahun serta beberapa laras meriam di sekelilingnya untuk menambahkan suasana destinasi pelancongan ini.
Pada tahun 1807 banyak kebanyakkan dari pada bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal. Ini adalah tarikan yang wajib dilawati semasa anda bercuti ke Melaka nanti kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah negara kita.
5. Desaru Coast Adventure Waterpark, Johor
Merupakan taman tema air yang terbaharu di Johor yang baru dilancarkan pada 2018. Pelbagai aktiviti keriangan di sini yang sesuai untuk semua golongan samaada kanak-kanak ataupun belia remaja yang inginkan cabaran dengan aktiviti yang lebih membuatkan setiap darah mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala. Banyak tarikan water slide yang bertaraf dunia ada di sini seperti Giant Water Slides, Wild Whirl, Super Twister, Riptide & The Tempest.
Antara tarikan yang paling mencuri tumpuan di sini adalah The Tempest iaitu merupakan gelongsor air dengan penurunan 24 kaki yang pasti menyeronokkan golongan dewasa. Di sini juga menempatkan Roller Coaster yang akan menurun secara menjunam dari ketinggian 30 ,eter sebelum menuju laju masuk ke dalam kolam air. Tahukah anda, Wave Pools yang ada di sini juga merupakan antara yang terbesar di dunia. Satu tarikan pelancongan di Johor yang sangat menarik untuk waktu riang ria anda berssama anak-anak untuk dilawati pada hujung minggu atau pun pada cuti sekolah .
Terdapat banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Semenanjung Malaysia yang boleh dikunjungi atau dilawati. Travel di dalam negara juga sudah mencukupi kerana banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati.