5 Lokasi Popular Aktiviti Lasak di Selangor yang Anda Perlu Cuba!

Mungkin anda mempunyai masa yang terhad untuk hujung minggu ini dan secara kebetulan juga tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk ke luar negara. Tahukah anda di Selangor terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi? Anda boleh menikmati keindahan alam dan merasai sendiri aktiviti yang jarang anda lakukan di luar rumah.

Skytrex Shah Alam

Credit : weekendnotes.com

Bagi yang menyukai aktiviti lasak, anda boleh ke Skytrex Shah Alam bertempat di Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam. terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Antaranya ialah spider web, cable walk dan flying fox yang menguji keberanian dan stamina anda. Terdapat beberapa tahap ekstrem melalui aktiviti ini dan anda boleh memilih mengikut kesesuain diri anda.Little Adventure disediakan bagi mereka yang baru berjinak dengan aktiviti lasak. Pakej Big Thrill bagi golongan pertengahan yang mahu melakukan aktiviti ekstrem ini. Manakala Extreme Challenge boleh dilakukan bagi mereka yang memiliki stamina yang tinggi dan berkemahiran.

Gua Damai Extreme Park

Credit : unsplash

Bertempat di bahagian utara Batu Caves, Gua Damai Xtreme Park merupakan destinasi pilihan bagi ramai peminat aktiviti lasak memanjat dinding ataupun wall climbing. Terdapat lebih daripada 70 ruang memanjat, aktiviti lasak di sini bukan sahaja boleh dilakukan pada siang hari, kerana ia turut dilengkapi dengan spotlight untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti wall climbing pada waktu malam.

Sebelum anda ke sini, anda perlu tahu yang aktiviti memanjat dinding di sini agak mencabar, walau apapun, inilah salah satu sukan yang dapat membentuk jati diri supaya menjadi seorang tidak mudah berputus asa untuk menuju ke puncak.

Paragliding Bukit Jugra

Credit : unsplash

Paragliding merupakan aktiviti lasak yang semakin mendapat tempat dalam hati pencinta sukan ekstrem di Malaysia. Aktiviti ni sesuai bagi yang minat untuk terbang tinggi di udara dan melihat pemandangan indah dari atas. Mungkin agak mencara bagi sesiapa yang gayat, tapi jangan risau kerana anda akan terbang bersama pakar paraglider dan akan mengawal payung terjun anda. Dan bolehlah anda mencuba aktiviti ini di Bukit Jugra.

Tadom Hill

Credit : ztilutpii.blogspot.com

Dibuka pada Disember 2015, jangan anda pandang rendah dengan l ini walaupun baru. Kalau tak percaya, datanglah ke sini bersama keluarga, pasti seronok tak terkira sebab begitu banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat di sini seperti berenang di tasik, bergayut seperti Tarzan di tali gayut atas air sebelum terjun ke dalam air, berakit dan bermacam lagi aktiviti air yang lain.

Bukan setakat itu, anda juga boleh mencuba aktiviti lain yang turut disediakan seperti abseiling, flying fox, ATV, dan mendaki bukit. Kalau tak cukup sehari, bolehla menginap di resort di sini.

Bukit Broga

Credit : andysaiden.com

Bukit Broga merupakan lokasi yang popular bagi orang bandar di sini yang ingin hiking. Sekarang ni dah menjadi satu trend dalam kalangan orang muda. Aktiviti hiking ini memang sesuai bagi yang suka berjalan sambil melihat keindahan alam semulajadi. Aktiviti boleh dilakukan beramai-ramai lebih lebih kepada yang baru nak berjinak. Cuma pastikanlah bergerak dalam kumpulan, memakai pakaian yang sesuai dan makanan yang secukupnya. Dan paling penting jangan lupa bergambar apabila sampai di puncak.


Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain