5 Pantai terbaik dan tercantik yang boleh dikunjungi selepas tempoh PKP.

Perintah kawalan Pergerakkan adalah satu arahan untuk kekal duduk di rumah bagi mengelakkan menyebarkan virus atau Covid19 dari terus merebak ke seluruh tempat. Dan tempoh PKP ini sangat lah panjang dan ia membataskan pelbagai aktiviti harian kita lebih-lebih lagi aktiviti bercuti dan melancong.

Pasti anda semua rindu kan untuk keluar bercuti kan, nak bercuti ke luar Malaysia tapi hati rasa bimbang dengan keadaan semasa sekarang ini.

Okay harini saya akan tunjukkan pada anda semua 5 pantai yang cantik dan unik yang anda boleh kunjungi selepas waktu PKP ini nanti.

Pantai Chenang

Pantai Chenang adalah salah satu pantai yang paling popular di Langkawi, ia menjadi tumpuan bagi pelancong dalam dan luar negara. Pantai Chenang ini mempunyai pantai yang landai beserta resort yang banyak dan cantik.

Pantai Chenang ini mempunyai pasir pantai yang lembut dan ringan menjadikan tepi pantai tersebut menjadi tempat bersantai paling selesa bagi semua pengunjung. Selain itu , air laut dari Pantai Chenang ini juga jernih dan cantik, dan dikelilingi dengan tempat beli belah dan tempat santai yang menarik.

Pantai Pasir Panjang

Pantai Panjang adalah salah satu pantai yang menjadi tarikan pelancong yang suka untuk mengembara secara solo kerana disini terdapat banyak penginapan yang menyediakan ruangan rehat untuk pengembara solo. Ia nya terletak di Pulau Perhentian, Terengganu. Pulau Perhentian adalah salah satu pulau yang tercantik di pantai timur.

Aktiviti yang menarik di tepi pantai itu akan menjadi lebih menarik apabila tibanya waktu malam , antara yang paling menarik sekali adalah pertunjukan bunga api yang meriah.

Pantai Romantik

Di Pulau Perhentian terdapat  satu lagi pulau yang menjadi tarikan utama bagi pasangan suami dan isteri iaitu Pantai Romantik. Sesuai dengan namanya Pantai Romantik ianya sesuai  untuk pasangan suami isteri ber”dating”.

Kalau anda nak romantik secara bersendirian dekat sini pun boleh, kerana di sini anda memanjakan pandangan mata dengan pemandangan yang mampu membuatkan nafas terhenti. Pantai dengan pasir putih ini dapat memberikan anda ketenangan yang dicari-cari. Dah puas berjalan, anda boleh meneruskan aktiviti di sini dengan ‘menyelami’ keindahan sebenar yang disorokkannya di dalam air laut dengan cara bersnorkeling. Banyak ikan-ikan comel yang menanti  kunjungan anda.

Pantai Teluk Nipah

Pantai Teluk Nipah adalah salah satu pantai yang wajib anda bila anda semua sampai di Pulau Pangkor yang terletak di Perak. Kaya dengan pelbagai aktiviti pantai yang menarik dan menyeronokkan. Destinasi wajib anda kunjungi apabila ke tempat menarik Pulau Pangkor. Tempat menikmati keindahan alam dan mandi laut sepuas-puasnya bersama keluarga.

Pantai Teluk Nipah adalah pantai yang paling tenang di Pulau Pangkor yang pasti akan menarik nafas lega. Sebagai pasangan yang baru berkahwin, anda harus mengunjungi pantai ini untuk menyaksikan pemandangan yang bahagia kerana jika tidak perjalanan hidup anda terasa tidak lengkap. Angin sejuk dan cuaca yang “jernih” akan membuat anda melalui pengalaman yang anda akan hargai sepanjang hayat

Pantai Pulau Mabul

Salah satu Pantai yang terbaik di Malaysia kerana mempunyai keunikkan dari warna air laut yang berada di pantai ini. Pantai Mabul adalah pantai yang terletak di Lautan Pasifik menjadikan pantai ini menjadi pantai terindah dari segi warna biru dari air lautnya.

Pantai Mabul ini berdekatan dengan Sipadan yang terkenal juga dengan keunikan yang sama tetapi masing masing mempunyai keunikan yang tersendiri. Pulau kecil ini di kelilingi dengan pasir putih yang lembut dan pantai ini adalah pantai yang bebas daripada sampah sarap. Ini menjadikan Pantai Mabul ini tarikan utama bagi pelancong dalam dan luar negara.

Di Malaysia sebenarnya banyak tempat pelancongan yang menarik yang kita boleh kunjungi dan ianya setanding dengan tempat pelancongan yang berada di luar negara. Buktinya ramai pelancong asing yang menjadi kan Malaysia sebagai tempat pelancongan utama bagi mereka, kerana pelancong asing sangat berminat dengan budaya dan keunikkan yang rakyat Malaysia ada.

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain