5 Sebab Kenapa Anda Perlu Sertai Kembara Jomventures


KUMPULAN KECIL (SMALL GROUP TOUR)

Pernah ‘travel’ dengan kumpulan yang besar? Pasti ramai daripada kita pernah sertai pakej kembara dengan kumpulan yang besar, biasanya 30 orang setiap trip. Mungkin sesetengah daripada anda berpuas hati dengan kelancaran program dan pergerakan.

Namun, bagi anda yang mencari pakej kembara dengan pengalaman yang berbeza & terasa akrab ukhuwah yang dibina bagaikan keluarga, inilah masanya anda sertai kembara Jomventures. Kesemua pakej Jomventures mengehadkan penyertaan sekitar 14-18 orang sahaja setiap trip. Ini pastinya memberikan pengalaman pengembaraan yang lebih selesa.

TIDAK DIBAWA KE KEDAI ‘PAKSA BELI’

Kedai ‘paksa beli’ atau ‘tourist trap’ ini bukanlah tempat lawatan sebenar, bahkan anda akan membuang masa yang banyak mendengar celoteh jurujual yang seolah-oleh memaksa anda membeli barang tersebut.

Usah risau jika anda sertai kembara Jomventures. Anda hanya akan di bawa ke tempat lawatan sebenar dan ketua kembara akan menerangkan di mana untuk beli cenderamata (sourvenir) pada harga yang paling murah kerana kami juga pengembara seperti anda!

KEMBARA MUSLIM & HALAL

Salah satu aspek terpenting buat rakyat Malaysia untuk memilih pakej kembara adalah agensi yang menekankan perihal solat dan makanan halal. Ketua Kembara (tour leader) sentiasa akan membantu dari sudut ini. Bahkan untuk kes tertentu di mana surau / masjid sukar didapati, kami sendiri akan sediakan alas atau kain sejadah untuk membantu para jemaah melakukan ibadat dengan sempurna.

100% TIADA KOS TERSEMBUNYI

Semua maklumat penuh pakej sentiasa dipaparkan di laman web dan juga ‘brochure’. Tiada kos tersembunyi seperti ‘tipping’ dan bayaran tertentu yang tidak dinyatakan dengan jelas.

REVIEW 5 BINTANG DI FACEBOOK

Kami sentiasa memastikan setiap peserta yang menyertai pakej Jomventures mendapat servis yang terbaik sama ada dari pihak pengurusan mahupun ketika trip sedang berlangsung. InsyaAllah kami sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan. Baca maklumbalas (review) di Facebook Jomventures.



Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain