5 Tempat Wajib Anda Pergi di Switzerland

Switzerland merupakan sebuah negara yang terletak di tengah Eropah. Negara ini memiliki banyak sejarah tersendiri. Penubuhan Switzerland dapat dilihat dengan penubuhan Gabungan Swiss Lama.

1. Zurich

Bandaraya Zurich

Lawatan anda ke negara ini pasti tidak akan lengkap jika tidak mengunjung bandar terbesar di Switzerland ini. Zürich ialah bandar raya terbesar di Switzerland dengan kepadatan penduduk sekitar 1,408,000 pada tahun 2020. Bandar ini juga merupakan pusat utama kegiatan perdagangan dan kebudayaan Switzerland dan turut dianggap ramai pihak sebagai salah sebuah bandar raya sejagat. Menurut satu kajian pendapat yang diadakan pada tahun 2006 hingga 2008, Zurich telah dinamakan sebagai bandar yang mempunyai mutu hidup terbaik di dunia

2.Bern

Menara jam Zytglogge

Sebuah kota yang menakjubkan, ibukota Switzerland di Bern memancarkan pesona dunia lama. Kota lama yang bersejarah ini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Berjalan-jalan di sepanjang jalan-jalan berbatu, pelawat boleh meneroka kota ini dengan ditemani oleh bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan ciri dan reka bentuk asal dari masa lampau. Tempat tumpuan seperti Air pancut abad ke-16, Zytglogge iaitu sebuah menara jam dan sebuah arked membeli belah yang dipanggil “Lauben“oleh penduduk tempatan sepanjang enam kilometer serta Taman Bunga Ros (Rosengarten) yang pasti akan memukau setiap orang dengan pemandangan indah ke pusat bandar lama.

3.The Rhine Falls

Lawatan ke “The Rhine Fall”

Air Terjun Rhine, Rheinfall Jerman, air terjun yang paling menakjubkan di Eropah tengah, di hulu Sungai Rhine tepat di bawah Schaffhausen di utara Switzerland.Masa yang paling baik untuk dilawati ialah pada bulan Jun dan Julai apabila salji gunung mencair, dan air terjun dalam jumlah besar.Dengan keluasan merangkumi kira-kira 150m, anda pasti akan terpukau dengan keindahan panorama melihat sendiri sendiri keajaiban air terjun ini.

4.Interlaken

Pemandangan memukau di Interlaken

Interlaken dahulu pernah dikenali sebagai pusat membuat jam, tetapi hari ini ia lebih popular sebagai resort atau pusat pelancongan. Diapit di antara dua tasik di tengah-tengah Switzerland, dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi. Ia juga merupakan tempat tumpuan untuk sukan lasak seperti ski salji dan pelancong di Switzerland. Pelawat boleh menikmati pemandangan cantik tiga gunung Swiss terkenal iaitu Eiger, Jungfrau dan Monch yang dapat dilihat disini.

5.Lucerne

Jambatan gereja di Lucerne

Lucerne adalah sebuah bandar yang mempunyai segala-galanya: kehidupan di bandar, tasik dan gunung. Dianggap sebagai salah satu bandar tercantik di dunia, Lucerne terkenal dengan Jambatan Gereja abad ke-14 yang dikatakan monumen paling cantik untuk mengambil gambar di Switzerland.

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain