Melancong memang menyeronokkan bukan. Apatah lagi hampir 2 tahun kita tidak dapat melancong ke mana-mana akibat penularan wabak Covid 19. Seronok memang seronok tapi kesihatan harus dijaga sebab virus covid 19 masih ada di sekeliling kita. Sebaik-baiknya, sebelum merancang sesuatu percutian, fikir terlebih dahulu sama ada ia satu keperluan atau pun tidak selain mengambil kira faktor kesihatan diri sendiri dan orang lain. Jadi kami di team Jomventures ingin berkongsi beberapa tips penjagaan kesihatan ketika melancong kepada anda:
1. Jaga jarak dan kontak anda
Dalam perjalanan anda, anda mungkin akan bersentuhan dengan banyak orang samaada orang yang anda kenali, dan orang asing atau kenalan baru . Cuba elakkan berjabat tangan. Sekiranya orang lain sakit, bersentuhan dengan mereka dengan cara jabat tangan atau ciuman pipi boleh menyebabkan anda terkena kuman mereka. Basuh tangan anda sekerap mungkin, terutama setelah menyentuh permukaan umum, seperti eskalator dan tiang kereta bawah tanah.
2. Bawa kelengkapan kesihatan
Meskipun kebanyakan hotel menyediakan kelengkapan kecemasan namun tidak ada salahnya jika kita bawa sendiri daripada rumah seperti topeng muka, pencuci tangan, tisu basah, sarung tangan, ubat dan sebagainya. Ia mungkin mengambil ruang dalam beg anda tetapi percayalah anda akan bersyukur membawanya sekiranya sesuatu terjadi.
3. Hati-hati menggunakan kemudahan tempat awam
Sentiasa berhati-hati sebelum menggunakan sesuatu kemudahan awam kerana kita tidak pasti berapa ramai yang telah menggunakannya sebelum kita seperti di tandas, tempat cuci tangan atau pun sajadah di surau. Sentiasa sanitize tangan anda selepas menggunakkan kemudahan awam
4. Elakkan melancong ketika sakit
Mungkin menunda atau membatalkan percutian adalah sesuatu yang merugikan, tetapi kos kerugian ini adalah kecil berbanding dengan akibat rawatan di luar negara. Pelancong juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil tahu mengenai wabak penyakit. Sentiasa cakna dengan perkembangan kes penyakit di negara yang anda akan lawati seperti kes bilangan jangkitan wabak covid 19.
5. Dapatkan rehat yang mencukupi
Rehat yang mencukupi sebelum melancong adalah penting. “Jangan lakukan persiapan melancong sehingga memenatkan diri kerana anda mungkin keletihan dan lebih teruk, jatuh sakit semasa melancong,” katanya lagi. Tidur secukupnya sebelum anda memulakan perjalanan anda. Anda juga perlu mendapatkan rehat yang mencukupi ketika melancong. Jangan terlalu ingin berjalan sehingga lupa akan rehat. Badan yang kelihatan akan memudahkan anda sakit. Jadi dapatkan rehat secukupnya sebelum dan semasa melancong