5 Viewpoint Scotland yang Menarik untuk Dilawati

Suka pergi melancong dan mengambil gambar yang berlatar belakangkan tempat yang mempunyai view yang cantik! Scotland lah antara negara yang korang kena pergi untuk menikmati segala tu.

Jom tengok apa antara tempat di Scotland yang mempunyai lanskap dan pemandangan yang dapat mencuci mata kita dengan keindahan dan kecantikannya.

1. Scott’s View

Scott's View, Bemersyde – Historic Sites | VisitScotland
sumber : visitscotland.com

Scott’s View terletak di Scottish Borders. Di situ kita boleh menikmati kecantikan River Tweed dan Eildon Hills. Ia diberi nama sempena nama Sir Walter Scott kerana tempat itu adalah tempat yang paling digemarinya.

Dan ada sejarah yang mengatakan selepas dia meninggal dunia, kuda yang ditunggangnya akan berhenti seketika di situ kerana dah biasa berhenti berehat setiap kali lalu di kawasan itu.

2. Forth Bridge

Forth bridge 1080P, 2K, 4K, 5K HD wallpapers free download | Wallpaper Flare
sumber : wallpaperflare.com

Dibuka pada tahun 1980 dengan panjang yang mencecah 2.4 km. Forth Bridge adalah satu ikonik Scotland yang diiktiraf oleh seluruh dunia sebagai rekaan cantilever yang terbaik.

Korang juga boleh menikmati kecantikan Bridge yang lain di sini iaitu Forth Road Bridge yang dibuka pada 1964 dan Queensferry Crossing pada tahun 2017.

3. Queen’s View

A Queen's View of the Highlands - A Bit About Britain
sumber : bitaboutbritain.com

Queen’s View adalah tempat yang lama dah terkenal sejak berabad yang lalu. Tempat ni dikatakan diberi namanya selepas Queen Victoria melawat kawasan itu pada tahun 1866.

Di situ kita boleh menikmati pemandangan Munro, Schiehallion dan hujung barat Loch.

4. Loch Lomond

Anda boleh terokai kecantikan Loch Lomond dan kawasan sekitarnya dengan melakukan aktiviti bot tours yang fantastik.

Dengan pengalaman yang menajubkan di atas air dan darat di Loch Lomond ni, termasuk dengan meredah hutan, berehat di lereng bukit dan pelbagai aktiviti air disitu. Pastinya anda tak kan berasa rugi pergi ke situ.

5. Bow Fiddle Rock

File:Bow Fiddle Rock - geograph.org.uk - 1210319.jpg - Wikipedia

Ia dipanggil sebegitu kerana rupanya yang seakan sama dengan pangkal fiddle bow. Ia adalah batu gerbang semula jadi yang terletak di utara-timur persisiran pantai Scotland.

Bentuknya yang menarik itu menjadikan ia salah satu tempat untuk pengembara mengambil gambar. Terutama ketika waktu matahari terbit.

Bagi sesiapa yang berpeluang ke Scotland, jangan lupa untuk singgah ke tempat-tempat ni.
Selamat Mengembara.

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain