Hai semua! Hari ni min nak bagi cadangan dekat sesiapa yang bakal melancong tak lama lagi. Untuk lebih memudahkan anda semasa melancong, pastikan aplikasi-aplikasi tertentu seperti yang akan min senaraikan perlu ada dalam phone anda tau. Bukan apa, takut-takut kalau dah sampai sana jadi kelam-kabut nak uruskan banyak benda. Lainlah kalau anda join trip bersama Jomventures Travel & Tours, kami akan pastikan percutian anda lebih ‘smooth like butter’. Hehe
- Google Translate
Aplikasi utama yang paling penting adalah Google Translate. Disebabkan cara penggunaan yang mesra pengguna, min pasti ramai yang tahu dan dah biasa dengan Google Translate ni. Tapi min akan share juga just in case ada yang masih kurang jelas tentang apa yang Google Translate ni boleh buat. Okay, apps ini boleh menukarkan bahasa anda kepada bahasa yang anda ingin terjemahkan. Sebagai contoh, jika mahu melihat menu tetapi ia menggunakan bahasa mereka, hanya perlu tangkap gambar dan ia ini akan bantu terjemahkan. Manakala jika ingin bercakap dengan mereka, gunakan secara taip atau suara untuk terjemahkan bahasa tersebut. Mudah bukan? Sudah pasti ia tidak 100% nya sempurna, tetapi min yakin pihak kedua tersebut akan faham apa yang cuba anda nak sampaikan. Oh iya, apps ini juga boleh digunakan secara offline tau jika anda telah memilih bahasa yang diperlukan.
- Currency Converter
Aplikasi penukar mata wang membolehkan anda dapat memantau kadar pertukaran mata wang dengan mudah dan tepat. Kebanyakkan aplikasi ini akan menyediakan kadar pertukaran semasa (terbaru/latest) kerana mata wang yang terus berubah-ubah. Dengan ini, anda boleh menggunakannya apabila ingin menganggarkan harga produk di negara asing dengan cepat dan tepat. Penggunaan secara offline juga banyak disediakan oleh aplikasi-aplikasi yang ditawarkan sama ada di PlayStore mahupun AppStore.
Kalau di Malaysia, sudah pasti anda menggunakannya. Tapi jika ada yang tak gunakan, maka perlu Install lah aplikasi ini. Semasa di negara orang, anda boleh membuat panggilan secara mesej, voicecall dan videocall kepada yang berada di Malaysia mahupun seluruh dunia. Apa yang anda perlukan hanyalah capaian internet.
- Skyscanner
Mudah, cepat, tepat dan jimat. Itu lah gambaran min dengan aplikasi ini. Bukan sahaja menyediakan senarai tiket penerbangan, malah turut menawarkan berkenaan hotel dan kenderaan. Jika anda seorang traveller, pastinya aplikasi ini diperlukan kerana ia menyediakan senarai harga rendah hingga tinggi mengikut pilihan tertentu dan membolehkan anda dapat membuat pilihan yang lebih bijak semasa travel.
- Duolingo
Salah satu aplikasi terbaik untuk anda mempelajari bahasa asing. Semestinya sebelum pergi ke negara lain, anda ingin tahu serba sedikit bahasa mereka. Jadi, praktis lah dengan rajin dan boleh anda berinteraksi dengan orang tempatan di sana. Jangan risau, aplikasi ini mudah dipakai dan percuma untuk anda gunakan.
- Here
Aplikasi Here ini lebih kurang sama dengan Google Maps. Cuma bezanya adalah anda boleh simpan peta tersebut dan menggunakannya secara offline. Bagi pendapat min, ia amat penting jika anda berada di negara orang dan sukar mendapatkan capaian internet seperti WiFi. Jadi, simpan peta tempat yang bakal anda tuju terlebih dahulu bagi memudahkan perjalanan supaya tidak sesat. Tapi kalau sesat dekat dalam hati min, aplikasi Here tidak dapat membantu. Hehe
Dah tahu aplikasi apa yang anda perlukan semasa travel? Kena study dulu aplikasi-aplikasi tu sebelum sampai sana supaya tak kelam-kabut okay. Kalau nak lebih mudah lagi, boleh gunakan Travel Agency kami di Jomventures Travel & Tours (https://jomventures.com/). Biar kami yang uruskan semua untuk anda.
sumber: https://www.roadaffair.com/best-free-travel-apps-we-cant-live-without