Osaka merupakan salah satu bandar terbesar di Jepun. Bandarnya sangat menarik dan terdapat pelbagai tarikan pelancong di sana. Yang menariknya Osaka ni adalah kita boleh lihat kuil-kuil tradisional dan bangunan bertingkat yang moden serta restoran dan kedai-kedai yang banyak.

  1. Universal Studios Japan
  2. Osaka Aquarium Kaiyukan
  3. Istana Osaka
  4. Umeda Sky Building
  5. Dotonbori
  6. Osaka Science Museum
  7. Osaka City Station

1. Universal Studios Japan

Universal Studios Japan (USJ) - Osaka Attractions - Japan Travel
sumber : [en.japantravel.com]

Antara tarikan di sini adalah Wizarding World of Harry Potter, Waterworld, Amity Village, Jurassic Park, Minion Park, Universal Wonderland dan Super Nintendo World.

Bayaran masuk bagi taman tema ini berubah-ubah mengikut musim bila yang anda pergi.

2. Osaka Aquarium Kaiyukan

Osaka Aquarium Kaiyukan - Osaka Attractions - Japan Travel

sumber : [en.japantravel.com]

Osaka Aquarium adalah akuarium terbesar di Jepun. Ia mempamerkan hidupan laut yang terdapat di Pacific Rim. Ada lebih kurang 15 tangki di situ dan setiap tangki mewakili setiap tempat yang ada di Pacific Rim.

Tarikan utama di situ adalah Whale Shark yang terletak di Central Tank di akuarium tu.

3. Istana Osaka

Osaka Travel: Osaka Castle (Osakajo)
sumber : [japan-guide.com]

Istana ini mula-mula dibina pada tahun 1583 dan telah dan dibina semula beberapa kali. Pada tahun 1997, Istana Osaka ni akhirnya mendapat baik pulih sepenuhnya dan tersergam indah dengan rekaan dalaman yang moden.

Dan dijadikan Muzium Toyotomi Hideyoshi bersempena nama orang yang membina istana ini.

4. Umeda Sky Building

Osaka Travel: Umeda Sky Building
sumber : [japan-guide.com]

Bangunan yang berketinggian 173 meter ini terdiri daripada dua buah menara berkembar dan dihubungkan dengan sebuah platform yang diberi nama Floating Garden Observatory.

Korang akan dapat menikmati pemandangan keseluruhan Bandar Osaka dari atas tu.

5. Dotonbori

Eat 'Til You Drop! 20 Recommended Places to Eat in Osaka's Dotonbori Area |  tsunagu Japan
sumber : [tsunagujapan.com]

Dotonbori adalah salah satu tempat paling menarik di Osaka. Sepanjang perjalanan di situ, korang boleh lihat terdapat pelbagai kedai-kedai barangan dan restoran-restoran yang sedap. Restoran yang halal pun kita boleh jumpa.

Nak lagi cantik kalau datang waktu malam. Sebab terdapat cahaya neon yang menerangi setiap laluan di Dotonbori. Sangat mempersonakan.

6. Osaka Science Museum

Osaka Travel: Osaka Science Museum
sumber : [japan-guide.com]

Muzium Sains ni terletak di Pulau Nakanoshima dan terdiri daripada 4 tingkat. Dengan rekaan yang sesuai untuk kanak-kanak, ia terdapat pameran mengenai alam semesta, kimia, eletrik dan janakuasa.

Terdapat juga pertunjukan sains beberapa kali dalam sehari tapi dalam bahasa jepun la. Di sini juga terdapat Planetrium dengan bayaran masuk yang lain.

7. Osaka City Station

Osaka Station | Travel Japan (Japan National Tourism Organization)
sumber : [japan.travel]

Stesen kereta api ni telah melalui baik pulih pada tahun 2011. Kini ia adalah stesen yang terbesar dan tersibuk di sebelah barat Jepun.

Kecantikan dan fasiliti yang teradapat di stesen ini pastinya membuat korang terpukau.

Itu lah antara tempat-tempat yang menarik anda patut kunjungi bila sampai ke Osaka satu hari nanti.

Selamat Mengembara.

Sumber : rileklah.com
bidadari.my

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain