Adakah Travel Hanya Untuk Berseronok? Sebagai Seorang Muslim, Apa Yang Sepatutnya Kita Tahu?

Setiap orang yang melancong pasti ada tujuan yang tersendiri. Ada yang ingin berseronok, ada yang suka lihat pemandangan yang cantik dan ada juga yang sekadar ingin lihat dunia luar, dan bermacam-macam lagilah.

Yang paling banyak mesti yang ingin berseronok dan melepaskan tekanan kerja. Untuk itu, ada yang pergi berseorangan, dengan kawan-kawan atapun bersama keluarga. Tapi, apakah travel ni hanya untuk berseronok semata-mata. Sebagai seorang Muslim, apa yang patut kita tahu?

Sebenarnya, banyak pengajaran dan hikmah yang kita boleh ambil daripada sebuah pengembaraan. Sedikit ringkasan yang dibuat daripada petikan yang diambil menerusi facebook [Khairul Fauzi] mengenai pengalaman beliau. Moga pengembaraan kita menjadi lebih bermakna.

gambar dari pengembaraan kami ke Istanbul

1. Sunnah Rasulullah SAW

Dalam perkongsian facebook Khairul Fauzi, dia meminta sedikit nasihat daripada seorang ustaz sebelum dia pergi bermusafir. Ustaz itu berkata, bermusafir ini adalah sunnah Rasulullah SAW dan jika diberikan rezeki bawalah keluarga bermusafir sekali sebab bukan semua orang Allah SWT berikan peluang untuk melihat negara luar. Ditambahnya lagi, yang bermusafir ini banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran.

2. Objektif Jelas kerana Allah SWT

Travel untuk berseronok adalah perkara yang tidak dapat dinafikan. Ianya tidak salah, tapi orang yang non-muslim pun berseronok juga. Dimana bezanya dengan kita? terdapat pada niat seorang muslim itu sendiri. Dalam kita travel itu, kita ingin lihat kebesaran Allah SWT yang mungkin tiada di negara kita. Dalam keseronokan itu tadi, mesti Allah SWT akan uji kita dengan sedikit keletihan, kerenah anak-anak ataupun tidak sependapat dengan pasangan. Kat situlah kita boleh belajar pentingnya kesabaran, ujar ustaz itu tadi.

3. Syukuri Nikmat

Berpeluang musafir menunjukkan yang Allah SWT telah luaskan rezeki kita. Bukan sebab kita kaya dan buka juga untuk menunjuk-nunjuk. Agar kita lebih bersyukur. Allah telah pendekkan masa berhubung antara dua negara. MasyaAllah.

4. Jaga Adab dan Tingkah Laku

Bila kita ke luar negara, terutama negara yang majoritinya non-muslim. Kita mesti akan berjumpa dengan orang pelbagai bangsa, agama dan juga budaya. Sudah semestinya ragam mereka berbeza-beza. Contohnya semasa dalam flight, jangan kita pentingkan diri sendiri. Ketika beratur, beraturlah elok-elok. Jaga adab dan tingkah laku kita agar tidak mencemarkan kita punya agama. Lebih baik lagi kalau kita dapat tambah kenalan dan eratkan silaturrahim sesama penumpang yang lain.

5. Solat dan Status Makanan

Seronok mana pun kita, solat jangan sekali kita lupakan walau dimanapun kita berada. Waktu inilah kita boleh ambil peluang untuk mengajar anak-anak atau keluarga yang lain tentang perlaksanaan solat jama’ dan qasar. Bab makanan pula, jika kita ke negara non-muslim, agak susah untuk kita mencari makanan yang halal. Jadi, apa persediaan kita jika keadaan itu berlaku? Semua ni boleh jadi ilmu dan pengalaman yang baru untuk kita.

Boleh juga lihat perkongsian kami di instagram tentang solat jama’ dan qasar.

follow IG kami untuk lihat pakej-pakej yang kami sediakan

Banyak lagi kelebihan travel ni selain untuk berseronok. Jika objektif dan matlamat kita jelas dan betul kerana Allah SWT. Barulah diri kita akan terasa tenang.

Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pengembara-pengembara diluar sana.

Selamat Mengembara.

Jika berminat nak join trip dengan kami. Klik sini untuk dapatkan maklumat lanjut.

Sumber : Facebook Khairul Fauzi

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain