Aktiviti-aktiviti menarik untuk dilakukan di ICELAND

Negara Iceland juga dikenali sebagai Tanah Api dan Ais. Ia negara yang sangat dikenali kerana kawasannya yang sangat cantik dengan gunung berapi, air panas dan ladang lava yang memukau. Selain itu, terdapat banyak aktiviti yang best dilakukan di Iceland yang semestinya rugi kalau tak buat.

1. Golden Circle Tour

Inilah aktiviti yang semestinya dilakukan oleh para pengunjung yang datang ke Iceland. Golden Circle tour ni termasuk Taman Negara Thingvellir, Geysir, Gulfos dan Karid Crater.

Yang lebih menarik lagi aktiviti ni ialah kita boleh menggunakan snowmobile (kereta salji) untuk buat aktiviti ni.

2. Ice Caving, Hiking and Climbing di Vatnajokull

Vatnajokull adalah antara glacier yang terbesar di Iceland. Gua ais ni adalah fenemona semula jadi yang terjadi pada musim sejuk.

Ia juga adalah tempat yang paling sesuai untuk buat aktiviti mendaki dan memanjat gunung sambil menikmati pemandangan yang mempersonakan di Vatnajokull.

3. Mandi di Blue Lagoon

Golden Circle, Kerid Crater, Blue Lagoon Tour from Reykjavik 2022 - Viator
sumber: viator.com

Blue Lagoon adalah tarikan yang paling popular di Iceland. Ia adalah kolam air panas asli yang berwarna kebiruan. Dikatakan juga air panas ni bagus untuk kesihatan kulit.

Lebih menarik lagi, tempat ni dikelilingi dengan lanskap yang sangat cantik. Yang paling penting ialah kalau nak datang sini kena tempah awal sebab ramai orang.

4. Whale Watching

sumber : visiticeland.com

Bila lagi nak dapat tengok ikan paus dekat-dekat kan. Ni pon salah satu aktiviti yang menarik untuk dilakukan di Iceland.

Banyak tempat di Iceland yang buat tour whale watching ni. Yang paling femes ialah di Reykjavik dan Husavik.

Inilah antara aktiviti2 menarik yang boleh korang lakukan di Iceland. Yang penting kita nikmati perjalanan kita.



NAK IKUT JOMVENTURES KE ICELAND TAHUN INI ?

KLIK DI SINI : https://jomventures.com/pakej-eropah-iceland/

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain