Amsterdam adalah ibukota Netherlands juga dikenali sebagai Belanda. Ia juga perumah kepada lebih daripada 3000 jenis bunga tulip. Bunga tulip dimport ke Netherlands pada abad ke-16 oleh kerajaan Ottaman dan ia menjadi salah satu bunga yang digemari oleh Dutch sejak masa itu. Jika anda juga merupakan peminat tulip ataupun peminat alam semulajadi. Anda mesti mengunjungi Amsterdam pada musim bunga terutamanya pada musim tulip dan mengunjung tempat-tempat di bawah untuk menyaksi syurga tulip.

The Flower Route (Bollenstreekroute)

‘Bloemen Route’ atau ‘Bollenstreekroute’ atau bulb-grower’s route (Laluan Bunga) bermula dari Haarlem, sepanjang 40km ke kampung Naaldwick bukan hanya perumah kepada variasi tulip ungu, merah jambu dan merah, malah ada juga bunga lili, dahlia, gondok, narcis dan bunga kegemaran musim bunga yang lain di kawasan tumbuhan berbunga paling besar di negara ini.

Keukenhof Gardens

Keukenhof Gardens juga merupakan salah satu destinasi popular bagi pelancong untuk mengunjungi pada musim bunga untuk menyaksi tulip yang berwarna warni. Keukenhof terletak berdekatan Lisse. Kawasan ini mengadakan Festival Tulip sendiri 23 Mac hingga 21 Mei. Taman yang indah ini meliputi 32 hektar hutan dan padang beserta dengan taman bertema dan pameran sejarah termasuklah maze, ladang kecil dan pencarian harta karun untuk botanis muda.

Amsterdam Tulip Museum

Amsterdam tulip Musuem adalah tempat yang terbaik untuk mengkaji tentang kegemaran orang Holland dengan tulip.Ia menceritakan masa benih asli dibawa masuk dari Istanbul melalui drama 1673 ‘Tulip Bubble’ semasa pasaran merudum. Ia benar-benar menggambarkan orang Dutch sangat menyukai bunga tulip yang kini menjadi lambang kebangsaan mereka.

Jika berminat untuk mengikuti kami ke sini boleh klik sini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang pakej kami.

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain