Antara tempat menarik yang termasuk dalam Pakej Real Balkan

Bercuti di Balkan? Tapi kenapa Balkan? Haa kalau korang tak tahu, sebenarnya banyak sebab kenapa Balkan ni perlu ada dalam list percutiaan korang tau. Dengan bandar yang berbilang budaya, biara (tempat tinggal) yang menarik, kubu kota yang terletak di lereng bukit, permandangan gunung yang indah, hutan dan tasik serta makanan dan muzik tradisional mereka akan membuatkan anda berasa seperti di dunia lain. Kalau tak percaya, korang boleh tengok tempat2 cantik yang min listkan nii

1. Vrelo Bosne

sumber: elevation.maplogs.com

Terletak di kaki gunung Igman, Vrelo Bosne mempunyai suasana yang santai dan bersejarah. Bangunan2 di jalan yang menuju ke taman itu telah dibina dari zaman Austro-Hungary lagi. Perkhidmatan kereta kuda, menemui banyak angsa dan jenis ikan serta suasana tenang akan menjadikan percutian korang lebih seronok!

2. Dervish Blagaj

sumber: countryhelper.com

Biara di Blagaj akan mengejutkan anda dengan persekitaran semula jadi yang sangat indah! Lokasinya yang sangat unik serta mempunyai ciri2 barok Turki menjadikan ia satu-satunya monumen di Bosnia yang dibina dalam gaya tersebut.

3. Kravice Waterfall

sumber: activities.marriott.com

Terletak jauh di kawasan tengah Bosnia tetapi berbaloi jika kita kunjungi. Air terjun itu sendiri adalah kira2 25m tinggi (80 kaki) dan ia menjadi semakin popular dari tahun ke tahun kepada pelancong asing. Kini mereka telah mempunyai tapak perkhemahan, ayunan tali dan juga kafe tau!

4. Fort Lovrijenac

sumber: dubrovniktravelguide.com

Fort Lovrijenac juga dikenali sebagai Kubu St. Lawrence yang telah menjadi salah satu kubu terpenting di Croatia. Susun atur segi tiga yang luar biasa telah menjadikan tempat ini popular di kalangan pelancong mahupun penduduk setempat. Fort Lovrijenac juga digunakan sebagai tempat dan latar belakang Festival Musim Panas yang terkenal di Dubrovnik dan banyak persembahan teater dan musik akan berlangsung.

5. Menara Minceta

sumber: pouted.com

Tembok bandar Dubrovnik membentuk segi empat yang tidak teratur berakhir di setiap sudut dengan kubu yang kukuh. Menara Minceta diantara kubu terkuat yang terletak di hujung dinding utara, dan lokasinya menjadikan ianya berbaloi dikunjungi kerana permandangan yang sangat menarik dan mengagumkan untuk bergambar.

Pelbagai jenis tempat lagi di Balkan yang boleh korang kunjungi bersama team kami. Untuk ketahui tempat dan aktiviti apa je yang bakal korang sertai, boleh baca di website https://jomventures.com/pakej-eropah-balkan-3-negara-bosnia-montenegro-croatia/ untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Selamat Bercuti Semua!

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain