Tahukah anda, Gunung Titlis ini sesuai dan semestinya berbaloi untuk anda kunjungi pada mana-mana musim. Ia adalah salah satu destinasi yang sentiasa dibuka sepanjang tahun untuk memberi peluang kepada anda menikmati pemandangan luar biasa dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan! Apa tunggu lagi, jom kita baca apa yang best kat sana!
1. The Titlis Cliff Walk
Tak takut tinggi? Haa boleh lah anda berjalan di Titlis Cliff Walk ini. Bila sudah berada di atas, anda akan dapat melihat pemandangan ufuk yang penuh dengan puncak bersalji yang tajam termasuklah gunung tertinggi di Switzerland iaitu Dufourspitze (Monta Rosa)!
2. Gua Glasier
Dinding ais, lantai ais, sukar untuk gambarkan betapa hebatnya gua ini! Kena lah singgah kalau nak tahu bagaimana rasanya berjalan melalui ais milenial ini! Gua ais yang diterangi dengan cahaya biru pirus yang malap menjadikan ianya sangat cantik dan bersinar. Udara di dalamnya juga sangat sejuk iaitu kekal dengan suhu -1.5°C. Laluan perjalan kaki disediakan sepanjang 150 meter membolehkan anda menikmati suasana terhebat ini di bawah glasier yang berusia lebih 5,000 tahun!
3. Gondola berputar 360 darjah
Anda akan dapat melihat permandangan berbeza kerana kabin tersebut perlahan-lahan berputar 360 darjah semasa perjalanan selama lima minit mendaki gunung tersebut. Permandangan seperti puncak gunung yang dilitupi salji semestinya akan memukau permandangan anda!
4. 360 Panorama Restaurants
Semestinya pengembaraan akan membuatkan anda berasa lapar. Di atas Gunung Titlis, terdapat beberapa restoran yang ada. Antaranya Panorama Restaurants yang bukan sahaja menyajikan makanan lazat, malah pemandangan yang menakjubkan!
5. Snow Fun Park
Semua jenis aktiviti salji yang menyeronokkan menanti anda di sana! Salah satunya adalah Snowtubing dimana ia amat sempurna untuk golongan muda dan mereka yang berjiwa muda! Hehe. Jangan lupa ajak min lumba sekali okay. Jangan risau tentang track yang disediakan, ia semestinya selamat untuk anda.
Haa itu baru sahaja aktiviti di Gunung Titlis tau. Banyak lagi tempat anda boleh explore di Switzerland. Nak pergi? Jom join trip kami! https://jomventures.com/