Belgian Coklat adalah coklat dari Belgium. Walaupun Belgium tidak sebesar negara-negara Eropah yang lain. Tapi ia terkenal dengan makanan dan minuman mereka terutamanya Belgian Coklat ni.
Apa tu Belgian Coklat ?
Antara kriteria coklat belgian ni ialah ia lebih bermentega dan sederhana manis-manis pahit. Coklat belgian seperti truffle dan praline kebiasaannya dibentuk dengan bentuk yang menarik dan cantik diisi dengan krim mentega atau ganache.
Keunikan coklat belgian ni terdapat pada
rasanya yang sederhana berbanding coklat-coklat lain. Ia tidak terlalu ekstrem dengan pelbagai perisa dan juga tidak terlalu tawar. Rasanya yang menyelerakan dan membolehkan orang fokus dengan rasanya yang unik membuatkan coklat belgian terkenal hingga sekarang.
Sejarah Belgian Coklat
Coklat Belgian mempunyai tradisi dan sejarah yang panjang dalam pembuatan coklat.
Pada abad ke-17, ketika belgium masih diperintah oleh Sepanyol, penjelajah bawa masuk biji kakao dari amerika selatan dan memperkenalkan kepada masyarakat Belgia. Ketika itu, coklat adalah tanda kemewahan dan kebanyakkannya untuk buat coklat panas untuk bangsawan atau pengunjung baru.
Jean Neuhaus adalah yang pertama kali meletakkan coklat belgium pada peta pada tahun 1857. Pada tahun 1912, cucunya pula mencipta praline pertama dan ballotin box untuk bungkus praline tu.
Kedai Jean Neuhaus juga masih wujud hingga kini dan antara tempat yang dianggap kena lawati bila pergi ke Brussels.
10 Jenama Belgian Coklat yang terkenal
- NEUHAUS
- GODIVA
- BELVAS
- COTE D’ OR
- LEONIDAS
- MARY
- GALLER
- BRUYERRE
- WITTAMER
- CORNE PORT-ROYAL
Penggemar – penggemar coklat semua, tunggu apa lagi? Selamat Mengembara.