Untuk blog kali ni, min nak bagi korang sedikit pengetahuan tentang autobahn yang dilaksanakan di Jerman!
Korang tahu tak apa itu Autobahn? Autobahn merupakan sistem lebuh raya akses yang dikawal oleh persekutuan Jerman dimana ia adalah jalan yang dibina untuk kelajuan perjalanan yang tinggi tanpa persimpangan, lampu isyarat dan sebagainya. Untuk lebih mudah faham, ia seperti ‘highway’ di Malaysia.
Di Jerman, pembinaan lebuh raya akses terkawal pertama yang membenarkan kenderaan hanya boleh masuk atau keluar di tempat yang ditetapkan telah bermula pada 1913, walaupun Perang Dunia I menangguhkan pembukaannya sehingga 1921. Automobil Verkehrs und Übungsstraße (Laluan Trafik dan Latihan Automobil) dibina di luar Berlin, yang juga berfungsi sebagai litar perlumbaan dan ujian trek. Sistem autobahn Jerman hari ini telah menjangkau lebih 12,993 km / 8,073 batu mengikut data 2016.
Autobahn ini ditafsirkan oleh orang ramai dengan memandu lebih pantas tanpa had kelajuan. Akan tetapi, tanggapan tersebut adalah tidak benar sepenuhnya. Kira-kira 30 peratus daripada rangkaian mempunyai had laju yang berjulat dari 80-130 kph (50-81 mph). Sesetengah jalan raya mempunyai had laju pada waktu malam atau cuaca basah, dan beberapa kelas kenderaan seperti trak berat mempunyai had lajunya sendiri.
Dengan itu, ia menjadi lebih sukar untuk mendapatkan lesen memandu di sana. Para pemandu di Jerman sekurang-kurangnya perlu melalui sistem ujian pelesenan yang ketat dengan pelajaran, termasuk memandu di autobahn sebenar dan belajar dalam keadaan sebenar seperti pemanduan berkelajuan tinggi. Selain itu terdapat peperiksaan aneka pilihan yang sangat sukar dan ujian jalan raya. Gagal pada percubaan pertama? Itu adalah perkara biasa.
Setakat itu sahaja perkongsian min untuk kali ini. Terima Kasih kerana telah membaca! hehe
sumber: https://www.motortrend.com/features/autobahn-germany-history/