Barang Yang Wajib Dibawa Sebelum Melancong ke Eropah Ketika Musim Sejuk

Malaysia adalah sebuah negara yang tiada 4 musim seperti di Eropah. Jadi kita tidak terbiasa dengan musim sejuk di eropah. Orang cakap negara orang ni tak sama macam negara kita. Ada juga sesetengah negara yang walaupun negara itu sejuk tetapi tidak mempunyai salji. kami di team Jomventures nak share dengan anda barang-barang yang perlu dibawa ke Eropah ketika musim sejuk.

1. Winter Coat / Jacket

Mungkin ini antara barang yang paling penting jika dalam musim sejuk apatah lagi berhadapan dengan salji kan. Tujuan winter coat ini untuk melindungi diri dan membuat badan kita sentiasa dalam keadaan panas dan suam. Bila terlampau sejuk badan kita boleh sakit. Spoil mood kan kalau tengah travel tiba-tiba sakit. Jadi winter coa ini dapat melindungi kita daripada kesejukkan. Pastikan coat tersebut mempunyai hood yang membolehkan kita menutup kepala ketika angin bertiup.

Ada pelbagai harga untuk winter coat ini, jadi carilah yang bersesuaian dengan bajet anda. Tips daripada team Jomventures sebulan sebelum travel tu cuba la lihat-lihat di kedai-kedai bundle. Kadang-kadang boleh jackpot dapat winter coat yang masih elok tapi pada harga yang murah dan berpatutan.

2. Glove

Selepas winter coat, rasanya glove adalah keperluang terpenting kedua. Ianya mengelakkan tangan kita menggigil atau kesejukan. Jika tangan dah sejuk, banyak perkara yang kita tak boleh buat.

Kalau nak main salji, jangan beli glove kain. Beli yang jenis waterproof. Supaya nanti glove tak basah dan tangan anda akan kesejukkan. Untuk glove sama juga macam coat dan jacket, ada banyak jenama dan terdiri daripada pelbagai harga. Jadi pilih la yang bersesuaian dan menepati bajet anda.

3. Winter Boots

Winter boots ini penting jika anda berada di musim sejuk yang mempunyai salji. Tetapi jika hanya sekadar sejuk, rasanya apa-apa jenis kasut sudah memadai. Tetapi jika ada bajet lebih kami syorkan anda membeli winter boots ini. Selain selesa winter boots ini adalah waterproof. Kalau terkena air tak akan basah. Jadi itu satu kelebihan untuk winter boots ini.

4. Stoking

Stoking satu barang yang nampak biasa tapi sebenarnya sangat penting ketika travel ke eropah. Kalau dah pakai boots atau kasut, kene la juga pakai stoking. Selain daripada keselesahan, ianya juga bertujuan melindungi kaki kita daripada sejuk yang mungkin ada pada permukaan kasut kita. Team Jomventures sarankan supaya membawa lebih dari 2 pasang stoking jika travel ke eropah. Ada juga stoking yang kalis air. Anda boleh stoking yang bersesuaian dengan anda.

5. Ubat-ubatan

Inialh satu barang yang memang wajib untuk kita bawa. Tak kisah la kemana sahaja negara yang kita travel. Ubat-ubatan asas seperti panadol, ubat demam dan ubat batuk wajib dibawa. Kita tak tahu bila kita perlukan ubat-ubat ni. Dah sesetengah negara harga ubat-ubatannya macam yahudi. Jadi bawa la dari Malaysia.

6. Lip Balm

Inilah mungkin jadi penyelamat kepada bibir anda. Pada musim sejuk, kawasan yang senang kering adalah pada bahagian bibir. Jika kering, maka senang la ianya merekah dan mungkin boleh berdarah. Bila bibir berdarah nak makan pon tiada mood nanti. Boleh rosak mood percutian anda. Jadikan pastikan anda bawa lip bump tidak kisah jenama apa sekali pon.

7. Heat Pack

Ianya boleh dipakai jika anda betul-betul berada dalam kesejukan. Untuk panaskan badan dan kawasan badan yang kesejukan, boleh letak heat pack ini. Auto panas badan anda nanti hehehe.

8. Thermal Flask

Flask boleh dibawa ketika anda berjalan-jalan ketika cuaca sejuk. Air panas yang disimpan pastinya dapat memanaskan badan kita pada bahagian dalam dan pasti akan memberi keselesaaan kepada badan kita. Bayangkan di tengah-tengah cuaca yang sejuk dengan salji yang turun anda dapat minum kopi panas, perghhh satu perasaan yang tak dapat digambarkan.

9. Cermin mata

Walaupun pada musim sejuk, matahari tidaklah secerah dan sepanas pada musim panas, tetapi anda harus membawa juga cermin mata hitam ini. Ianya bertujuan untuk mengelakkan mata anda kering dan pedih ketika ditiup angin sejuk.

Baiklah itu saja perkongsian team Jomventures pada hari ini. Team Jomventures harap dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu para bakal-bakal traveler semua meracncang supaya percutian anda lebih tersusun dan lebih menyenangkan.

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain