Bolehkah kita memandu di Luar Negara?

Selepas pelonggaran SOP di negara kita bermula 1 April ini pasti ada dalam kalangan kita sudah berkira-kira untuk bercuti ke luar negara kan. Lagi-lagi bagi anda yang dah lama tidak meluangkan masa untuk bercuti. Mesti ada dalam kalangan anda ingin mencuba sesuatu yang baru dan ada juga yang gemarkan sesuatu yang ‘adventure’, jadi memandu sendiri ketika melancong di luar negara pasti termasuk dalam ‘bucket list’ anda kan?

Tapi mungkin ramai diantara kita yang merasakan perkara ini agak melecehkan kerana anda perlu memohon lesen memandu antarabangsa (IDP) terlebih dahulu sebelum memandu di luar negara dan ini pasti memerlukan kos tambahan.

Sebenarnya untuk pengetahuan anda, masih ada negara dimana anda tidak perlu memilik IDL untuk memandu di sana. Pengikut perjanjian yang dipersetujui antara negara-negara yang menandatangani Convention On Road Traffic Done At Geneva 1949, rakyat dari negara-negara tersebut layak menggunakan lesen asal negara mereka ketika memandu di negara anggota yang lain. Jadi team Jomventures hari ini mahu berkongsi dengan anda negara-negara manakah yang anda boleh memandu tanpa IDP.

1. Australia

Lesen memandu Malaysia sah di Australia jika anda pemegang visa sementara. Tetapi jika anda pemegang visa permanent residence (PR), anda hanya boleh memandu menggunakan lesen Malaysia untuk tempoh 3 bulan sahaja selepas itu anda perlu memohon lesen memandu Australia. Paling menarik di Australia, pemanduan juga di sebelah kanan sama seperti di Malaysia. Pasti anda tidak akan berasa kekok ketika memandu di Australia.

2. New Zealand

Bercuti di New Zealand pasti lagi menarik jika anda memandu sendiri. Seperti di Autralia, anda juga akan lebih selesa kerana pemanduan juga di sebelah kanan. Pasti anda tidak mahu melepaskan pengalaman memandu sambil menikmati pemandangan yang mempersenonakan di negara ini Selain itu, pemandu mestilah berumur 21 tahun ke atas dan perlindungan insurans untuk berumur 25 tahun ke atas.

3. Singapore

Negara jiran kita di selatan semenanjung Malaysia. Sebuah negara pulau yang kecil tetapi gah. Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat ke negara ini. Tetapi hati-hati ketika memandu disini kerana peraturan di negara ini agak ketat. Pastikan anda memgikut had kelajuan dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. Jika anda ingin merasa pengalaman memandu ke Singapura, anda boleh menggunakan kenderaan sendiri & lesen sah Malaysia. Tip paling penting ialah memiliki Auto Pass yang berfungsi sebagai vehicle Entry Permit (VEP). Satu Auto Pass hanya ekslusif untuk satu kenderaan sahaja dan boleh di beli di Land Transport Authority (LTA) yang berapa di pintu masuk mana-mana checkpoint ke Singapura.

4. Thailand

Juga sebuah negara jiran kita di utara semenanjung Malaysia. Thailand terkenal dengan pulau-pulau yang memiliki pantai dan laut yang cantik. Pasti anda ingin melancong ke sini. Sama seperti Singapura, memandu di Thailand juga mudah kerana anda boleh menggunakan kenderaan sendiri dengan lesen memandu Malaysia. Anda perlu membawa geran kenderaan dan mereka hanya menerima yang ASAL sahaja. Insurans kenderaan atau Compulsory Motor Insurance adalah wajib bagi semua kenderaan yang hendak memasuki Thailand. Anda boleh memohon insurans pihak ketiga untuk perlindungan kenderaan anda di sempadan pintu masuk Malaysia-Thailand.

5. Negara Eropah

Lesen memandu Malaysia boleh digunakan untuk menyewa kereta di kebanyakan negara-negara Eropah seperti Itali, Perancis, Switzerland, Austria, United Kingdom (UK) dan banyak lagi. Tapi perlu di ingat, pemanduan di Eropah adalah sebelah kiri (gear di sebelah kanan) kecuali di UK, jadi anda mungkin akan kekok ketika awal pemanduan. Jadikan anda harus lebih berhati-hati dan fokus ketika memandu. Anda pasti mengambil masa untuk membiasakan diri memandu di sebelah kiri.

Pasti anda rasa teruja untuk memandu sendiri ketika melancong kan? Tapi team Jomventures ingin ingatkan anda perkara paling penting perlu anda lakukan ketika memandu di negara orang ialah sentiasa patuhi semua peraturan jalan raya di setiap negara yang anda kunjungi. Jangan lupa bagi signal! Semua negara signalnya adalah percuma. Haha




Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain