Bunga Wisteria Jepun : Fakta dan Lokasi Terbaik

Bila masuk je musim bunga, mesti ramai tak sabar nak melawat negara yang mempamerkan keindahan dan kemekaran bunga-bunga di situ.

Jepun adalah salah satu destinasi pilihan bagi orang ramai sebagai tempat untuk dilawati tatkala musim bunga disebabkan oleh kecantikan bunga sakura di negara itu. Tapi, sebenarnya bukan bunga sakura je yang popular di situ.

Bunga wisteria juga tidak kurang cantiknya nak dibandingkan dengan bunga sakura.

Wisteria Tunnel, Kitakyushu, Japan - Awesome | Wisteria tunnel, Kitakyushu,  Wisteria tree

Makna dan Simbol Bunga Wisteria di Jepun

Dalam tradisi Jepun pada 1400 tahun dahulu, bunga wisteria ini dikaitkan dengan dengan golongan atasan ataupun bangsawan. Pada ketika itu, warna ungu dilarang bagi orang biasa untuk menggunakannya kerana warna ungu dikhususkan untuk golongan atasan sahaja.

HD wallpaper: Fantasy, Women, Asian, Kimono, Oriental, Purple Flower,  Wisteria | Wallpaper Flare

Mesej Kehidupan

Bunga yang dikatakan paling indah selepas bunga sakura ni turut dikatakan membawa maksud yang romantik. Ia menyimbolkan cinta yang hilang. Dan supaya hadir kekuatan untuk menghadapi kehilangan sesuatu yang tersayang.

Ia diambil daripada tangkai pokok itu yang berjuntai-lentok yang membawa maksud kesedihan. Dan sifat ketahanan pokok itu untuk terus hidup walau dalam keadaan yang berjuntai-lentok menggambarkan keteguhan hati untuk memasang harapan untuk terus hidup.

7 Best Places to See Wisteria in Japan | Kyuhoshi

Dengan keupayaan untuk menjalar ke kawasan yang agak luas. Secara simbolik, ciri ini seolah-olah memberi cerminan kepada kita bahawa apabila kita tunduk dan bermuhasabah seperti bentuk tangkai bunga wisteria yang berjuntai-lentok, minda kita akan menjadi semakin luas seluas jalar pokok bunga berkenaan.

Secara kesuluruhannya, bunga wisteria dikatakan membawa mesej atau maksud:

  • Cinta
    Rahmat
  • Kebahagiaan
  • Kemuliaan
  • Ingatan (Kenang-Kenangan)
  • Kesabaran
  • Ketahanan
  • Kepanjangan Usia
  • Perkembangan daya kreatif
  • Pelepasan beban
  • Kemenangan ke atas kesusahan

Lokasi Popular untuk Menikmati Keindahan Bunga Wisteria

Wisteria at Ashikaga Flower Park - Ashikaga, Tochigi - Japan Travel

1. Kawachi Fujien Wisteria Garden

sumber : en.japantravel.com

2. Ashikaga Flower Park

Ashikaga Flower Park In Tochigi - A Dream Destination Near Tokyo | MATCHA -  JAPAN TRAVEL WEB MAGAZINE

3. Mandaraji Park

Mandaraji Park - Park and Garden in Ōbu, Japan | Top-Rated.Online

4. Byakugou-ji Temple

5. Kameido Tenjin Shrine

Kameido Tenjin Shrine Wisteria Festival 2022 - Japan Web Magazine

6. Tennogawa Park

Tennogawa Park (Wisteria Festival)|Sightseeing Spots | AichiNow-OFFICIAL  SITE FOR TOURISM AICHI

7. Shirai Omachi Fuji Park

Itulah sedikit sejarah ringkas tentang bunga wisteria jepun ni dan juga lokasi-lokasi pilihan bagi anda yang ingin menikmati keindahan bunga wisteria di Jepun.

Untuk pengetahuan, festival wisteria di Jepun berlangsung dari hujung April hingga Mei.

Selamat mengembara.

Sumber : https://www.thepatriots.asia/simbolisme-bunga-wisteria-dalam-tamadun-jepun/

https://www.kyuhoshi.com/best-places-to-see-wisteria-in-japan/

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain