Kalau disebut Cappadocia mesti ramai yang akan terbayang belon udara panas. Betul tak?
Tapi, adakah tu je aktiviti yang ada di situ?
Mestilah tidak!! Banyak tau aktiviti2 menarik yang kita boleh buat di Cappadocia ni.
Melawat pelbagai viewpoints Cappadocia
Cappadocia penuh dengan viewpoints yang sangat lawa, ada yang percuma ada juga yang berbayar.
Di situ kita boleh menikmati rupa bumi yang menarik atau pun melihat pemandangan matahari terbenam.
Menerokai Uchisar Castle
Ia merupakan salah satu tarikan utama Cappadocia, yang menampilkan banyak bilik diperbuat dari batu. Bahagian atas benteng menyediakan pemandangan panorama lembah sekeliling yang menakjubkan! Mengunjungi istana batu adalah salah satu perkara paling unik untuk dilakukan di Cappadocia.
Bersiar-siar di Goreme Open Air Museum
Goreme Open Air Museum ialah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang mengandungi gereja-gereja potongan batu dengan lukisan dinding yang cantik.
Dan jangan terlepas untuk melawat ke “Dark Church” untuk melihat lukisan dinding yang berwarna-warni
Bergambar di Pink Rose Valley
Rose Valley yang berada di luar Bandar Goreme itu dinamakan sempena warnanya yang seakan merah jambu.
Kita boleh juga pergi ke sini dengan melakukan aktiviti ATV tours. Tempat ni juga adalah tempat paling popular untuk mengambil gambar perkahwinan.
Lawatan bawah tanah di Derinkuyu Underground City
Ia asalnya di bina untuk memberi perlindungan kepada penduduk disitu. Ia mempunyai 8 tingkat kebawah dan dilengkapi dengan keperluan untuk mereka pada masa itu.
Ia mengambil masa lebih kurang dalam sejam untuk kita sepenuhnya terokai tempat tu. Peringatan untuk semua, tempat sangat lah tidak digalakkan kepada mereka yang mempunyai claustrophobia.
Jadi janganlah rasa kecewa jika tidak dapat peluang untuk naik belon udara panas di Cappadocia sebab banyak lagi aktiviti2 menarik untuk anda lakukan di sana. Selamat bercuti.