DAGING WAGYU YANG CAIR DI MULUT WOW SEDAPNYA.

Jika ditanya apakah daging yang paling sedap dan paling mahal, maka tidak lain dan tidak bukan lagi daging wagyu adalah perkara yang pertama kali terdetik dalam fikiran anda kan.

Memang tidak disangkal lagi daging wagyu ini adalah daging yang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri dan sangat berbeza dengan daging lembu yang lain. Jika daging yang enak dan unik ini sudah tentulah mempunyai harga yang setanding dengan rasanya bukan? Yaa harga yang dijual untuk daging wagyu ini sangat mahal dan ada yang memceceah ribuan ringgit.

Rasa yang “Premium” sudah tentu mempunyai harga yang “Premium” juga kan. Tetapi walaupun daging wagyu ini mempunyai harga yang mahal, para peminat daging wagyu ini tidak kisah untuk membelinya kerana rasanya daging wahyu ini tidak setanding dengan daging yang ada di muka bumi ini.

APA ITU WAGYU?

Wagyu adakah satu perkataan Jepun yang merujuk kepada “Wa” iaitu dalam bahasa Jepun adalah Jepun dan “Gyu” yang bermaksud lembu. Jadi Wagyu adalah bermaksud lembu Jepun.

Lembu wagyu ini mempunyai empat jenis lembu yang yang berasal dari baka yang terbaik, antara baka-baka wagyu yang tersebut adalah Japanese Black, Japanese Brown, Japanese Shorthorn dan Japanese Polled iaitu kacukan daripada baka Abeden Angus.

KENAPA DAGING WAGYU MAHAL??

Harga yang ditetapkan untuk daging wagyu ini sangat mahal dan kebanyakan harga yang ditetapkan adalah harga yang tidak mampu milik bagi kebanyakan orang.

Kenapa mahal sangat daging wagyu ini? Daging wagyu ini mahal adalah disebabkan cara lembu itu dibesarkan oleh penternak.

Di Jepun, untuk membolehkan lembu itu mendapat pengiktirafan sebagai lembu wagyu, lembu tersebut perlu memenuhi syarat dan garis panduan yang ditetapkan. Selepas lembu itu memenuhi semua syarat dan garis panduan tersebut barulah lembu tersebut boleh diiktiraf sebagai lembu wagyu atau daging wagyu.

Lembu-lembu yang digunakan sebagai baka dan lembu bunting akan dibela di padang rumput khas dan anak-anak lembu pula akan dibela dengan cara khas iaitu anak lembu tidak akan minum susu dari ibu lembu tetapi penternak akan beri susu khas untuk diminum oleh anak lembu tersebut.

Dan bila anak lembu tu sudah meningkat dewasa ia akan diberi makan dengan bijiran dan rumput yang berasal dari daerah lembu itu lahir.

Pada waktu tertentu lembu ini bulu lembut akan disikat dengan menggunakan sikat khas untuk melancarkan darah dan pada musim sejuk lembu ini akan diberi selimut khas untuk mengelak dari menganggu pembesaran lembu tersebut.

Setelah berat lembu mencapai 700 kg maka lembu itu akan di pindahkan ke tempat yang diiktiraf sebagai tempat untuk proses menjadikan lembu itu daging dan akan di asingkan mengikut gred.

PENGREDAN DAGING WAGYU

Di Jepun terdapat satu persatuan khas yang ditubuhkan untuk pengredan daging wagyu ini. Daging wagyu ini akan digredkan dari gred A hingga gred C. Daging wagyu ini akan diukur dan diasingkan mengikut gred berdasarkan struktur daging (marble), keutuhan isi daging, warna dan kualiti daging tersebut, dan gred yang paling tinggi bagi daging wagyu ini adalah gred A5.

Tambahan lagi, daging wagyu di Jepun kebanyakkannya adalah gred A4 dan A5. Manakala daging wagyu yang dihasilkan di luar Jepun hanya memperolehi ketulenan kira-kira 50% daripada daging yang asal.

Jadi kesimpulannya yang kita boleh buat di sini, tidak dinafikan lagi daging wagyu adalah termahal di dunia dan mempunyai rasa yang unik dan sedap, kerana cara lembu wagyu ini diternak sangat unik dan mempunyai displin pemakanan yang sangat sihat berbanding lembu-lembu biasa yang lain. 

Sumber :
Metro UK

Artikel ini ditulis oleh Muhammad Abdullah seorang Tour Leader yang berpengalaman dalam bidang pelancongan. Kini beliau sedang duduk di Malaysia kerana kerajaan Malaysia sedang mejalankan “Perintah Kawalan Pergerakkan”. Bersama kita duduk di rumah #KitajagaKita dan #StayatHome. Kita putuskan rantaian COVID19 ini #KitaPerangKitaMenang.

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain