Setiap negara di muka bumi ini mempunyai keunikan tersendiri. Malah ada perkara yang boleh dilihat hanya di negara itu sendiri sahaja.
Sama juga seperti negara yang digelar “Land of Fire and Ice” ini. Terdapat beberapa keunikan di negara ini dan antaranya ialah:-
1. Populasi Penduduknya yang Rendah
Keseluruhan penduduk di Iceland adalah hanya seramai lebih kurang 330 ribu orang. Tidak sampai separuh pun dengan bilangan penduduk di Kuala Lumpur.
2. Peliharaan Bahasa Iceland
Tidak seperti di negara lain yang berubah bahasa mereka mengikut peredaran zaman, bahasa Iceland masih lagi kekal seperti bahasa asal usulnya.
Buku-buku dikarang pada tahun 1500-an pun masih boleh dibaca oleh penduduk Iceland pada zaman sekarang.
3. Banyak Gunung Berapi
Terdapat lebih kurang 125 gunung berapi di Iceland dan sebahagian besar darinya masih lagi aktif.
Disebabkan fenomena ini, beberapa kawasan Iceland diliputi padang lava.
4. Wake-up Call untuk Lihat Aurora
Wakeup call ni hanya terdapat di hotel-hotel sahaja. Ia adalah untuk mengejut tetamu yang bermalam di hotel mereka tentang kemunculan cahaya aurora di kawasan itu.
Menarik kan? Jom mengembara dengan jomventures.