Semua orang tahu yang negara matahari terbit ni mempunyai adat dan budaya yang unik yang di mana kita memang tak akan nampak di negara lain.
Tapi korang tahu tak apa adat dan budaya yang mereka ada sehingga menjadikan ia begitu unik.
Jom kita tengok apa fakta yang menarik di Negara Jepun ni.
Pekerjaan Menolak Penumpang Kereta Api
Di Tokyo sahaja, lebih separuh penduduk mereka menggunakan pengangkutan awam. Jadi bila dah sampai waktu rush hour memang berhimpit la jawabnya. Kita yang di Malaysia ni tak ramai guna pun berhimpit waktu2 macam ni.
Disebabkan itu, mereka terpaksa mengupah orang yang dipanggil “oshiya” untuk menolak penumpang supaya muat ke dalam kereta api.
Jutaan Vending Machine
Kat Malaysia kita boleh jumpa vending machine seperti minuman, makananan dan paling terbaru ada beberapa yang buat mainan kanak2.
Tapi bila ke Jepun jangan terkejut, apa je yang korang nak inshaaAllah la ada. Sebut je nak cari ape, payung! majalah! makanan pek! bunga! haa semua tu ada.
Makin Slurp, Makin Sedap
Sedut mee atau hirup kuah dengan lebih kuat membuktikan yang kita sedang menikmati makanan itu. Ianya boleh dikira sebagai pujian kepada tukang masak makanan itu.
Terbalik pulak dengan kita yang menganggap ianya sebagai perbuatan yang tidak sopan.
Memberi Tip, Boleh ke Tak?
Memberi tip bukanlah satu budaya yang diamalkan di negara-negara Asia. Dalam negara kita Malaysia pun budaya ni susah nak nampak. Mungkin ada yang buat tapi jarang la.
Tapi, di Jepun, budaya ni bukan hanya tak diamalkan malah dianggap tidak sopan bagi penduduk di situ.
Ha.. menarik kan. Jadi kalau ada rezeki dan peluang untuk ke Jepun satu hari nanti, pasti anda dah tahu apa yang perlu anda lakukan supaya tidak nampak kurang sopan.
Sumber: https://www.ceriasihat.com/jalan-jalan-jepun-fakta-adat-dan-budaya-tentang-jepun/