Credit: The Guardian

Helsinki : Di negara empat musim seperti Eropah pada bulan November ialah bulan peralihan daripada musim luruh ke musim sejuk. Di sesetengah negara, walaupun masih mengalami musim luruh dengan cuaca cerah, suhu yang dicatatkan cukup sejuk, malah ada yang merekodkan sehingga paras beku. Fenomena pelik yang telah berlaku di sini telah menunjukkan ribuan hamparan ais berbentuk telur terdampar di sepanjang kawasan pantai di Finland. Hamparan aies berbentuk telur sepanjang 30 meter itu ditemukan di Pulau Hailuoto, Teluk Bothania, yang terletaknya di antara dua negara iaitu Finland dan Sweden. Saiz paling kecil bagi ketulan ais itu ialah bersaiz sebesar sebiji telur, manakala yang paling besar ialah sebesar sebiji bola sepak.

Pakar cuaca George Goodfellow memaklumkan ini merupakan proses luar biasa dimana ketulan ais terapung disebabkan pergerakan angin dan arus air. Katanya lagi, ia mungkin disebabkan salji yang terbentuk tetapi menjadi terapung dan bergerak dibawa arus ombak sehingga menukar bentuknya menjadi bulat atau bujur seperti telur. Fenomena ini hampir sama seperti yang berlaku di tasik Michigan, berhampiran Chicago dan perkampungan Nyda, Siberia, Rusia.

Credit: The Atlantic

Selain itu, fenomena pelik di mana ribut salji berwarna oren dilaporkan telah berlaku di empat negara Eropah iaitu Rusia, Bulgaria, Ukraine dan Romania, menyebabkan keadaan ini menjadi tular di media sosial dengan cepat sehinggakan ada warganet menyamakan ia dengan permukaan Marikh. Salji oren itu dilaporkan di enam buah resort pelancongan malah ada di beberapa kawasan, saljinya yang berwarna coklat. Disebabkan keadaan pelik itu, sepasukan saintis dari Hydrometeorology and Monitoring of the Black and Azov Seas tiba di resort pelancongan di Sochi untuk mengkaji fenomena yang luar biasa itu. Seorang jurucakapnya memberitahu bahawa kemungkinan ia adalah akibat dari angin yang meniup pasir dari Padang Pasir Sahara yang kemudiannya gugur sebagai hujan.

Namun, ia bukanlah pertama kali fenomena pelik itu berlaku, malah pada tahun 2007, salji berwarna oren turut dilaporkan di Siberia dan dikatakan datang dengan ribut pasir di kawasan berhampiran.

Di dalam dunia ini terdapat banyak fenomena yang pelik yang belum pernah lagi kita lihat. Ini berlaku kerana perubahan iklim dan cuaca yang tidak menentu pada zaman ini. Ini juga tanda menunjukkan Allah SWT hendak menunjukkan kuasanya yang Maha hebat pada semua hambaNya.

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain