Garis Panduan Perjalanan Antarabangsa untuk Rakyat Malaysia Mulai 1 April 2022: SOP & Kuarantin

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Malaysia akan memasuki peralihan ke Fasa Endemik mulai 1 April 2022. Susulan itu, semua individu dibenar merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi.

Kerajaan juga akhirnya mengumumkan sempadan negara akan dibuka semula sepenuhnya pada 1 April depan, setelah lebih dua tahun sempadan negara ditutup bagi mengekang penularan COVID-19.

Pembukaan Sempadan Antarabangsa Mulai 1 April 2022

Dengan pembukaan semula sempadan negara ini, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa, serta dibenarkan untuk pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar mulai 1 April 2022.

Bagaimanapun, mengambil kira situasi penularan COVID-19 terutama gelombang Omicron yang masih melanda negara dan kebanyakan negara di seluruh dunia, terdapat beberapa prosedur yang wajib dipatuhi sama ada rakyat Malaysia sendiri mahupun pengembara luar yang ingin masuk ke Malaysia.

SOP Pengembara Yang Tiba Di Sempadan Malaysia (Mulai 1 April 2022)

Bermula 1 April 2022, berikut adalah protokol baharu untuk pengembara yang tiba di sempadan / pintu masuk antarabangsa Malaysia (PMA).

Di sini disenaraikan protokol tambahan di Pintu Sempadan Antarabangsa dan pengembara antarabangsa (diumumkan dalam kenyataan media Menteri Kesihatan 9 Mac 2022).

  1. Jika seseorang individu menjalani kuarantin seminggu sebelum 1 April, perintah kuarantin itu akan tamat pada 1 April 2022.
  2. Kanak-kanak dan remaja 17 tahun ke bawah tanpa mengira status vaksinasi tidak perlu jalani kuarantin, hanya perlu buat ujian RTK antigen dalam tempoh 24 jam selepas tiba di tanah air.
  3. Bagi individu yang tidak lengkap atau tidak mengambil vaksin langsung MESTI menjalani kuarantin lima hari selepas tiba di tanah air. Selepas tamat kuarantin, individu tersebut mesti mengikut syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan kerajaan.
  4. Pengembara yang dikecualikan daripada menerima vaksinasi atas faktor kesihatan, perlu memuat naik bukti pengecualian daripada doktor ke dalam aplikasi mySejahtera.
  • Protokol pengembara untuk sempadan darat akan diumumkan minggu depan.
    Kerajaan perlu membezakan antara pengembara dan kumpulan yang berulang alik atau ‘periodic commuters’.
  • Orang ramai boleh merujuk semua protokol yang diumumkan menerusi portal covidprotocol.moh.gov.my

SOP Pengujian & Kuarantin Bagi Pengembara

Dengan pembukaan sempadan, pengembara yang lengkap vaksinasi COVID-19 tidak perlu menjalani kuarantin dan hanya perlu menjalani ujian saringan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas, serta ujian RTK-Ag dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

Berkuatkuasa 1 April 2022, berikut adalah prosedur pengujian dan kuarantin kepada pengembara yang tiba di Malaysia. Perincian prosedur melalui pengembaraan jalan darat akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sumber asal: https://ecentral.my/sop-pengembara-malaysia/




Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain