Gunakan Travel Agency untuk melancong? Ini sebab kenapa anda perlukan mereka

Mungkin anda rasa bergerak secara ‘solo’ adalah lebih baik apabila ingin bercuti ke luar negara. Tetapi perasan tak bila kita pilih Travel Agency ia juga akan beri banyak kelebihan dan kemudahan kepada kita? Haa jom kita tengok apa kelebihannya kalau melancong bersama Travel Agency

1. Kepakaran dan pengetahuan yang luas

Kebanyakkan Travel Agent sudah mempunyai pengalaman sendiri berada di tempat pelancongan. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang tempat tersebut sekali gus membolehkan mereka berkongsi kepada anda tentang tempat-tempat yang sedang dilawati. Travel Agent juga pakar dalam aktiviti pelancongan dan membolehkan anda memperoleh tips-tips dan nasihat yang penting sama ada sebelum, semasa dan selepas anda melancong.

2. Menjimatkan masa

Untuk mencari tempat-tempat menarik yang ingin dituju ketika melancong sudah pasti mengambil masa yang lama. Maklumlah, kena lah rancang betul-betul sebelum pergi lebih-lebih lagi kalau melibatkan aktiviti pelancongan ke luar negara. Dengan itu, kita boleh lihat bahawa setiap Travel Agency telah menyusun dan merancang plan dengan teliti sebelum membawa anda ke sana. Tempat-tempat menarik atau viral sudah pasti mereka telah list kan dalam plan mereka. Jadi, jangan risau terlepas okay?

3. Harga yang berbaloi

Travel Agency telah memberikan jumlah kos yang berpatutan dengan aktiviti yang bakal anda sertai. Harga yang berbaloi dan dapat percutian yang menyeronokkan. Menarik bukan?

4. Keperluan yang lengkap

Tiket penerbangan? Tempat tinggal? Kenderaan? Tidak perlu risau jika anda mengikuti trip bersama Travel Agent. Mereka telah menguruskan semua keperluan anda dari A-Z. Bolehlah anda bercuti dengan tenang!

5. Wakil rasmi pelancong

Wakil Travel Agent yang telah diamahkan akan menjaga anda sepanjang percutian. Jika berlaku sebarang masalah seperti masalah hotel dan tiket penerbangan, mereka akan mencari jalan penyelesaian untuk anda. Jadi, kalau ada masalah boleh lah memberitahu wakil Travel Agent. Tapi! Janganlah sengaja cari masalah pula ye

6. Membantu ketika kecemasan

Sekiranya berlaku sebarang kecemasan ketika anda sedang bercuti, anda boleh meminta pertolongan kepada Travel Agent anda. Mereka sedia untuk mencari penyelesaian dan mengambil alternatif lain sewaktu perjalanan anda. Mereka juga akan menghubungkan anda dengan orang-orang tempatan yang betul untuk menjawap keperluan anda.

7. Fleksibiliti

Mungkin anda merasakan jika mengikuti trip bersama Travel Agency, anda tidak dapat bebas melakukan perkara yang anda inginkan ketika berada di tempat pelancongan. Tetapi sebenarnya Travel Agents sentiasa bergerak secara fleksibel bagi membantu mengatur semula butiran perjalanan pelancong.

8. Jaringan kerja yang luas

Jaringan yang luas sama ada di dalam mahupun di luar negara telah diperolehi oleh Travel Agency. Ini menunjukkan mereka mempunyai pilihan yang lebih baik dan pelbagai berbanding diri anda sendiri.

9. Keselesaan terjamin

Setiap Travel Agency pasti akan memberikan penggunanya keselesaan sama ada tempat penginapan mahupun lokasi lawatan. Aktiviti-aktiviti yang dirancang juga akan diatur dan disusun mengikut masa anda.

10. Peluang membina hubungan yang baik

Travel Agent akan mengenali pelanggannya apabila telah melakukan trip bersama. Setiap aktiviti yang dilakukan akan membolehkan Travel Agent lebih memahami tentang kehendak dan keperluan pengguna. Begitu juga dengan pengguna yang dapat membina hubungan baik bersama Travel Agent mereka. Kalau hubungan dah baik, boleh lah minta discount untuk next trip pulak. hehe

sumber: http://pelanconganmuslim.blogspot.com/2016/07/10-sebab-kenapa-perlukan-travel-agency.html

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain