Passport adalah perkara dan dokumen yang paling PALING PENTING semasa anda melancong ke luar negara. Anda tak akan dapat lepas departure lounge of an airport tanpa passport. Why? Sebab passport berfungsi sebagai form identity, security dan juga sebagai diskaun in any duty-free shops.
That’s why apabila insiden kehilangan passport berlaku, ia akan menjejaskan dan merosakkan percutian anda. Jadi, apa perlu anda lakukan bila insiden ini berlaku? First thing first, tenangkan diri anda dan periksa beg-beg anda, bilik hotel dan kesemua tempat yang anda jejak sebelum berlakunya insiden ini. Jika anda betul-betul yakin ianya hilang, follow step-step di bawah:
1. Buat laporan polis berhampiran anda.
Ini adalah langkah yang sangat penting. Passport mengandungi banyak maklumat peribadi dan boleh digunakan untuk mencuri identiti anda oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Laporkan kehilangan passport anda secepat mungkin supaya ia dapat membantu melindungi anda sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti haram berkaitan dengan identiti anda.
2. Hubungi ejen travel insurance anda.
Ejen travel insurance anda akan consult dan bimbing anda ke mana hendak dituju, apa yang perlu di buat dan procedure untuk mendapatkan temporary passport atau travel dokumen sementara. Mereka akan guide anda ke Kedutaan Malaysia dan menghantar details dan dokumen berkaitan untuk membantu anda. No worries! Most of insurance companies mempunyai international 24/7 hotline untuk kes-kes kecemasan.
3. Pergi Kedutaan Malaysia untuk membuat laporan kehilangan passport.
Kebiasaannya Kedutaan terletak di ibu negara. Jika negara yang anda melancong tidak mempunyai Kedutaan, Pesuruhjaya Tinggi atau Konsulat, anda boleh dapatkan bantuan daripada Kedutaan negara jiran seperti Singapore atau Thailand untuk proses penggantian passport anda yang hilang.
Pihak Kedutaan akan keluarkan Perakuan Cemas (Emergency Certificate) sebagai passport sementara. Dokumen ini adalah one-way pass dan sah digunakan sekali sahaja, dimana hanya valid selama 12 bulan sahaja. Permohonan untuk dapatkan Perakuan Cemas (Emergency Certificate) ini mungkin akan mengambil masa dalam 3 hingga 5 hari bekerja untuk diproses.
Untuk memohon Perakuan Cemas (Emergency Certificate), anda perlu membawa dokumen-dokumen seperti berikut:
- Kad pengenalan alternatif seperti kad pengenalan (IC) atau lessen memandu.
- Laporan polis.
- Flight ticket confirmation.
- 2 gambar passport.
4. Mohon passport baru sebaik sampai di Malaysia.
Once anda dapat Perakuan Cemas (Emergency Certificate), anda tidak dapat terbang ke tempat lain selain pulang ke Malaysia. If the rest of your vacation tidak termasuk any flights or border crossing, anda perlu menyelesaikannya secepat mungkin dan terus pulang ke rumah. Seterusnya, anda perlu pergi ke pejabat Imigresen terdekat (Jabatan Imigresen Malaysia) untuk memohon passport yang baru. TAPI sebelum tu, jangan lupa untuk buat laporan polis sekali lagi di balai polis Malaysia berdekatan anda. Laporan polis tersebut diperlukan untuk memohon passport baru.
TAKE NOTE!!! Untuk memohon passport yang baru dalam keadaan seperti ini, ia akan mengambil masa lebih lama untuk diproses.