Hagia Sophia: Kembali berfungsi sebagai Masjid

Bangunan ikonik di Istanbul iaitu Hagia Sophia menjadi perbualan hangat apabila Mahkamah Tinggi Turki memutuskan bahawa bangnan tersebut akan dibuka semula menjadi sebuah masjid. Mungkin ramai di antara kita yang kurang mengetahui berkaitan sejarah Hagia Sophia ini. Jadi min nak kongsikan sedikit sejarah dan fakta mengenai Hagia Sophia ini.

Bangunan ikonik ini dibina sejak kurun ke-6 lagi iaitu sekitar 532 hingga 537 Masihi. Struktur bangunan yang dibina ketika pemerintahan Byzantine ini telah menjadi salah satu monumen terbaik dalam dunia. Pada asalnya, bangunan yang dibina dengan mengambil masa selama 6 tahun ini merupakan pusat Kristian Ortodoks dan menjadi gereja selama berabad. Bahkan ia dinobatkan sebagai gereja katedral terbesar sepanjang Pemerintahan Byzantine.

Pada 1453, pemerintahan kerajaan Uthmaniyah telah menawan Istanbul dan menjadikan Hagia Sophia berfungsi sebagai masjid buat penganut agama Islam untuk solat dan melakukan aktiviti keagamaan.

Selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyah pada 1918 ekoran Perang Dunia 1, sejarah Hagia Sophia berterusan apabila Presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kemal Ataturk kembali mengubah fungsi Hagia Sophia. Kali ini ia dibuka menjadi muzium dan telah mendapat ramai pengunjung dari pelusuk negara.

Pada 2020, Presiden Recep Tayyip Erdogan telah mengubah semula fungsi Hagia Sophia menjadi masjid setelah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Tinggi Turki. Akan tetapi, perubahan status ini telah membawa kontroversi kerana banyak yang menentang keputusan pengubahan fungsi ini. Termasuk dari beberapa petinggi negara bahkan pihak UNESCO. Hal tersebut tak terlepas dari status situs warisan dunia yang diberikan pada Hagia Sophia sejak tahun 1985.

sumber: agiasophiaharrisburg.com dan ohbulan.com

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain