Hak Pampasan Penerbangan Ditunda

Jika penerbangan anda ditunda atau dibatalkan, pelanggan berhak menuntut pampasan daripada syarikat penerbangan yang berkenaan.

Ia adalah bagi membantu pelanggan meneruskan perjalanan atau perancangan ke tempat yang ingin dituju.

Hak pampasan juga tertakluk kepada beberapa faktor. Ia juga bergantung kepada punca penundaan dan pembatalan berdasarkan perkara yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.

  • Penerbangan ditunda 2jam atau lebih
    – Makanan, Panggilan Telefon dan Akses Internet
  • Penerbangan ditunda 5 jam atau lebih
    – Penginapan Hotel dan Pengangkutan
  • Penerbangan dibatalkan
    – Pembayaran Balik Secara Penuh atau Penerbangan Alternatif

Pengecualian pampasan hanya berlaku ketika keadaan yang tidak dijangka oleh syarikat penerbangan seperti risiko keselamatan atau cuaca ekstrem.

Pelanggan hendaklah membuat aduan kepada syarikat penerbangan yang berkenaan bagi sebarang tuntutan pampasan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari MAVCOM.

Selamat Mengembara.

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain