Hotspot Hanami (flower viewing) di Tokyo

Jepun? Pasti ramai yang terbayangkan bunga sakura kan? Mana tak nya, Jepun satu-satunya tempat di mana ‘hanami’ (permandangan bunga) dapat dinikmati secara menyeluruh di sana! Bagi tahun 2022 ini, bunga sakura dianggarkan bermula pada akhir Mac hingga pertengahan April atau awal bulan Mei. Jadi, kali ni min nak kongsi Top 5 tempat popular di Tokyo sahaja yang boleh anda kunjungi untuk melihat sakura.

1. Ueno Park

Taman Ueno ialah salah satu tempat bunga sakura paling popular dan meriah di Tokyo dengan lebih drpd 1,000 pokok sakura melapisi laluan tengahnya. Ia dipenuhi hampir 300 ribu pelawat yang berkumpul bersama untuk melihat pemndangan bunga sakura yang mengagumkan. Sukar mendapatkan tempat jika anda ingin berkelah di sana dan anda disarankan untuk book terlebih dahulu.

sumber: japanjourneys.jp

2. Shinjuku Gyoen National Garden

Terdapat lebih drpd 1,100 pokok yang terdiri drpd lebih 65 spesis sakura telah ditanam di sana. Jika anda mencari tempat yang lebih tenang dengan permandangan yang menakjubkan, sini lah tempatnya. Taman ini telah dijaga dengan baik dan menjadikannya tempat berkelah yang sesuai untuk bersama-sama keluarga.

sumber: DigJapan.com

3. Inokashira Park

Kira-kira 250 pokok sakura telah mengelilingi tasik di taman tersebut. Apabila bunga mula gugur, kelopak sakura jatuh di atas air dan menjadikannya seperti karpet merah jambu yang sangat cantik terbentang di atas tasik tersebut. Jangan lupa naik bot angsa untuk dapatkan pengalaman yang lebih hebat!

sumber: Allabout-Japan.com

4. Chidorigafuchi Moat

Lebih kurang 1,000 pokok sakura ditanam di sini dan kebanyakkannya ia ditanam di tepi-tepi laluan Imperial Palace. Struktur dinding batu Istana Edo yang dikelilingi sakura yang sangat cantik akan menjadikan gambar anda lebih menakjubkan!

sumber: travel.gaijinpot.com

5. Sumida Park

Taman ini dibina berhampiran dengan sungai besar. Dimana salah satu tarikan utamanya adalah anda dapat mengambil gambar sakura dengan berlatar belakangkan Tokyo Skytree! Oh, ia juga berdekatan dengan Asakusa Nakamise iaitu tempat membeli souvenirs Jepun yang menarik untuk anda bawa pulang!

sumber: jw-webmagazine.com

Cuba bayangkan anda sedang berehat di bawah pokok sambil melihat sakura berwarna merah jambu yang sangat cantik. Fuhh best nyaa! Mungkin musim bunga tahun ini kita tidak berpeluang ke sana akibat penutupan sempadan yang tidak menerima pelancong akibat pandemik Covid-19. Semoga penularan virus ini semakin berkurang dan membolehkan kita meneroka musim bunga yang seterusnya. Aamin

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain