Switzerland adalah negara yang salah satu negara yang terbersih dan eco-friendly. Kalau korang semua tak letak negara ni dalam bucket list korang, percayalah korang kena tulis semula bucket list korang tu.

Bagi yang dah rancang untuk pergi ke Swiss tahun ni. Ni ada beberapa idea dan tempat di Swiss yang wajib korang bergambar. Korang cuma perlu pastikan bawa kamera atau henfon je.

  1. Staubachfall
  2. Blausee
  3. Iseltwald
  4. Lucerne
  5. Murren

1. Staubachfall, Lauterbrunnen

Lauterbrunnen Valley adalah tempat yang terkenal dengan kecantikan air terjunnya. Staubachfall adalah salah satu air terjun tercantik yang terdapat di Lauterbrunnen Valley ni. Dan Staubachfall juga menjadi tempat paling ramai orang bergambar.

2. Blausee

Warnanya yang biru dan airnya yang boleh dipanggil crystal-clear water menjadikan ia tempat yang terbaik untuk bergambar. Tasik Blausee adalah tasik yang popular di Switzerland untuk dilawati. Tak kira musim apa, tetap lawa untuk bergambar.

3. Iseltwald

Ini adalah tempat yang di mana yang min sendiri rasa sangat la rugi kalau tak ambil gambar. Walaupun jambatan tu nampak simple, tapi dengan berlatar belakangkan tasik Iseltwald yang cantik dan pandangan bukit yang indah tu memang menjadi tempat yang terbaik lah untuk bergambar.

4. Lucerne

Lucerne terkenal dengan kecantikan bandarnya. Tambah pula dengan jambatan kayu yang cantik di tengah bandar dan terdapat pula menara di tengah-tengah jambatan itu. Memang terbaik untuk kita bergambar. Lebih cantik lagi kalau anda berpeluang datang ketika mereka hiasi jambatan itu dengan bunga-bunga yang cantik dan warna-warni.

5. Gunung Murren

Nak mengopi sambil berlatar belakangkan pemandangan gunung yang cantik. Gunung Murren lah tempatnya. Yang penting bergambar itu perlu.

Min pilih spot-spot ni berdasarkan pengalaman kami sendiri pergi kesana. Ia memang tempat yang sangat cantik untuk korang tambah koleksi gambar korang.

Tidak dinafikan banyak lagi tempat yang cantik menarik untuk bergambar di Swiss ni. Cuma bagi first timer, korang bolehla tengok ni sebagai tips dan idea bila sampai ke Switzerland nanti.

Anda dah baca sampai habis? Jadi, apa pandangan anda? Jika anda berminat untuk bersama-sama kami menjelajah tempat-tempat tersebut, Jom join Pakej Alps Ventures ini! Boleh terus tekan link disini okay https://jomventures.com/pakej-switzerland-alps-ventures/

Maklumat pakej Alps Ventures 10H7M : https://jomventures.com/pakej-switzerland-alps-ventures/
Maklumat pakej Real Switzerland 9H6M : https://jomventures.com/pakej-real-switzerland/

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain