Walaupun negara masih dilanda pandemik Covid-19 dan sehingga ke hari ini masih lagi tiada kata putus akan pengakhirannya namun keadaan di negara masih lagi tenang dan terkawal menghadapi ujian getir ini.
Credit: Unsplash
Saloma Bridge atau Pintasan Saloma yg menjadi penghubung diantara Kampung Baru dan Menara Berkembar Petronas KLCC ini telah menjadi penghubung jalan dan menjadi salah satu tourist spot kerana keunikan rekaannya. Rekaan yg diinspirasikan daripada Bridge of Peace Tbilisi di Georgia namun konsep senibina jambatan ini menyerupai sireh junjung yang menggambarkan konsep dan budaya melayu.
Projek Saloma Bridge ini adalah jambatan pejalan kaki sepanjang 370meter dan menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran Stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yg terletak disisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang.
Dengan kemudahan yg dibina seperti ini, anda boleh berjalan kaki menuju ke KLCC dari Kampung Baru hanya 15minit berbanding menggunakan jalan sebelum ini yang sibuk dan berbahaya, dengan adanya Saloma Bridge ini para pejalan kaki tidak perlu risau untuk berjalan kaki ke Kampung Baru dari KLCC.
Oleh kerana pihak pemaju mengetahui ianya akan menjadi spot untuk bergambar disini, pihak pemaju telah menyediakan tempat khas untuk bergambar disini kerana ianya tidak akan dibuka 24jam seperti taman-taman rekreasi yang lain untuk mengelakkan vandalisme dan kegiatan homeless disini.
Sehubungan itu, telah ramai yang berkunjung ke Saloma Bridge ini dan berkongsikan gambar mereka yg memukau di laman sosial mereka. Jambatan ini bukan sahaja untuk memudahkan pergerakan malah ianya menjadi tempat tumpuan untuk para pelancong bergambar disana. Tambahan pula jika anda berkunjung kesini pada waktu malam,