Istanbul nostalgia kegemilangan Islam

NABI Muhammad SAW bersabda, “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah pemimpinnya adalah sebaik-baik pasukan.” (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Konstantinopel atau hari ini dikenali dengan nama barunya Istabul adalah ibukota bagi salah satu kerajaan agung islam iaitu Uthmaniyah. Kota ini sekarang terletak di dalam negara Republik Turki. Walaupun Istanbul bukan lagi ibukota untuk negara turki selepas peranan ini dipindahkan ke Ankara, tetapi kota ini tetap menjadi nadi penting dalam memangkin ekonomi dunia disebabkan oleh kedudukannya yang strategik. Kota ini terletak diantara benua Eropah dan benua Asia yang menjadikannya sebagai tempat tumpuan pengunjung sejak ribuan tahun yang lepas. Hal ini telah memangkin ekonomi kota ini hingga banyak tinggalan-tinggalan infrastruktur yang dibina pada masa dahulu yang masih dapat dilihat pada harini.

Harini ini team Jomventures ingin berkongsi tempat-tempat dan bangunan-bangunan yang bersejarah di zaman keemasan islam yang masih dapat dilihat oleh kita di Istanbul yang pasti akan memberikan satu rasa yang menanjubkan kepada sesiapa saja yang megunjunginya :-

Aya Sophia

Aya Sophia yang pasti memukau sesiapa saja

Aya Sophia merupakan sebuah struktur bangunan muzium yang terletak di Istanbul. Bangunan ini sering dianggap sebagai sebuah bangunan teragung dan tercantik di dunia. Pada mulanya, Aya Sophia dibina sebagai sebuah katedral bagi penganut Kristian Ortodoks tetapi kemudian diubahsuai menjadi sebuah masjid oleh kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453.

Pemerintah Republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium bermula pada 1935. Hari ini Aya Sophia kembali kepada peranannya sebagai sebuah masjid. Bangunan ini menjadi bukti pada zaman keemasan Islam selepan Istanbul berjaya dibuka oleh Sultan Muhammah Al-Fateh. Menjadi tempat wajib untuk para pelancong yang melawat di Istanbul untuk menyaksikan sendiri keagungan seni bina dan mengimbau kembali zaman hebatnya islam. Pasti anda tidak mau lepaskan peluang untuk ke sini jika berkunjung ke Istanbul.

Istana Topkapi

Pemandangan Istana Topkapi dari udara

Walaupun bukan peminat tegar seni, seni bina atau sejarah, namun anda wajib mengunjungi Muzium Istana Topkapi di sini. Istana Topkapı adalah salah satu struktur bersejarah dan muzium yang paling ikonik di Istanbul yang memukau pemandangan pengunjung setiap tahun yang ingin melihat sendiri kemewahannya. Peninggalan bersejarah yang benar-benar indah yang menjadi bukti kekayaan dan kemegahan Empayar Uthmaniyyah, istana yang kini menjadi muzium, mempunyai sejarah yang bermula pada abad ke-15.

Istana Topkapı pernah berkhidmat sebagai kediaman rasmi dan pusat pentadbiran sultan-sultan dari Empayar Uthmaniyyah pada abad ke-15. Diarah untuk dibina oleh Mehmed Al Fateh sendiri, pembinaan istana bermula pada tahun 1459, enam tahun selepas penaklukan Constantinople oleh Uthmaniyyah. Oleh kerana adanya istana lama di Beyazıt Square, Istana Topkapı dahulu dipanggil Yeni Saray (Istana Baru) sebelum namanya diubah pada abad ke-19 ke Topkapı, yang boleh diterjemahkan sebagai Cannon Gate. Selepas pembinaan awalnya, istana ini terus diubahsuai dan berkembang sepanjang abad. Hari ini istana ini menjadi bukti akan kemegahan dan kekuatan agama Islam di bawah daulah Uthmaniyyah. Istana yang kini dijadikan muzium ini boleh dilawati oleh para pelancong untuk merasai sendiri dengan lebih dekat suasana kehidupan diraja pada masa keemasan Islam. Pastikan anda ke sini jika anda ke Istanbul.

Rumelihisarı

Pemandangan Kubu dari ‘aerial view’

Rumelihisarı adalah sebuah kubu kota yang terletak di daerah Sarriyer di Istanbul, Turk, di sebuah bukit, menghadap ke selat Bosphorus di sebelah benua Eropah. Ia telah dibina oleh  Mehmed Al- Fateh antara tahun 1451 hingga 1452. Terdapat tiga buah menara besar yang dinamakan bersempena dengan nama-nama wazir Mehmed Al- Fateh: Sadrazam Candarli Halil Pasha, yang membina sebuah menara besar bersebelahan pintu; Zaganos Pasha, yang membina menara selatan dan Sarıca Pasha, yang membina menara utara.

Pada tahun 1953, atas perintah Presiden  Celal Bayar, penduduk di dalam kubu dipindahkan dan kerja-kerja ekstensif pemuliharaan mula dilakukan pada 16 Mei 1955, yang mana berlanjutan sehingga 29 Mei 1958. Sejak tahun 1960, Rumelihisarı telah dijadikan sebagai sebuah muzium dan panggung terbuka untuk pelbagai konsert perayaan dalam bulan-bulan semasa musim panas. Para pelancong boleh melawat sendiri untuk melihat dengan lebih dekat sebuah kubu yang telah berjasa pada zaman kemuncak pemerintahan islam di bawah daulah Uthmaniyyah. Berada disini seperti membawa kita kembali ke zaman dahulu kala. Anda wajib datang ke sini jika berkunjung ke Istanbul.

Terdapat banyak bangunan-bangunan dan monumen-monumen yang menjadi bukti kegemilangan islam di Istanbul suatu masa dulu. Tempat-tempat seperti Blue Mosque, istana Dolmabahce, istana Khedive dan banyak lagi. Pastikan anda melawat sendiri tempat-tempat bersejarah ini di Istabul untuk melihat dan mengimbau kembali ke zaman kegemilangan islam yang dahulu dipandang gah oleh kawan dan lawan.

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain