Satu pakej, tiga negara? Yess betul. Jika anda mengambil pakej Alps Ventures in, anda akan dapat pergi ke tiga buah negara iaitu Switzerland, Austria dan juga Jerman! Anda semua mesti dah tahu bahawa tiga buah negara ini memang cukup terkenal dengan permandangan yang cantik serta keindahan yang cukup indah untuk menarik minat pelancong ke sana. Nak tahu beberapa tempat menarik yang bakal anda kunjungi? Jom kita sambung baca di bawah
1.BERN, SWITZERLAND
Bern merupakan ibu kota bagi negara Switzerland. Disebabkan oleh sejarahnya yang panjang dan mempunyai bandar lama yang mengagumkan, ia telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Seperti gambar yang indah diatas, Bandar Lama Bern menjadi tempat wajib bagi para pengunjung. Bandar kecil yang dikepung dari kedua-dua arah oleh Sungai Aare serta mempunyai bangunan zaman pertengahan yang telah dipelihara dengan baik menjadikan kawasan tersebut sangat menarik untuk dikunjungi.
2. LAUTERBRUNNEN, SWITZERLAND
Lauterbrunnen atau sering dikenali sebagai The Valley of 72 Waterfalls juga menjadi salah satu tempat popular yang harus dilawati jika anda berada di Switzerland. Ia menampilkan air terjun glasier, hiking trails, cerun ski dan kampung yang menarik. Waktu yang dikatakan paling sesuai untuk mengunjungi Lauterbrunnen ini adalah pada bulan Mei hingga Jun kerana maksimum suhu pada ketika itu adalah 18°C. Tapi, kalau anda nak pergi waktu lain pun boleh, cuma suhu akan lebih sejuk sedikit.
3. BLAUSEE, SWITZERLAND
Tasik Blousee menawarkan beberapa perairan paling jernih dari mana-mana tasik di Switzerland. Dikatakan tasik ini jernih kerana ia terdiri daripada mata air gunung yang kaya dengan mineral dari sumber bawah tanah. Mempunyai kedalaman maksimum 10 meter, tetapi anda masih boleh melihat batu-batu di dasar tasik tersebut. Fuhh jernih nya!
5. RHINE FALLS, SWITZERLAND
Rhine Falls merupakan air terjun terbesar di Eropah. Pengunjung pastinya akan terpesona dengan kekuatan air terjun Rhine terutama semasa musim panas, di mana air mengalir pada kadar yang mengagumkan iaitu 600,000 liter sesaat. Manakala semasa musim sejuk pula, air terjun masih mengalir pada kadar 250,000 liter sesaat. Ada yang tanya, berbaloi ke pergi ke Rhine Falls? Sudah semestinya! Cuba anda bayangkan jika anda pergi tempat ini, dikatakan dengan hanya melihat Rhine Falls ini pelbagai perasaan timbul yang sukar diungkapkan dengan kata-kata kerana keindahannya yang menakjubkan.
6. DISNEY CASTLE, GERMANY
Neuschwanstein Castle atau mesra dipanggil Disney Castle terletak di atas tebing berbatu di perkampungan Bavaria di Schwangau, Jerman. Keindahan Disney Castle ini mempunyai daya tarikan magnet yang telah menarik lebih sejuta orang ke kawasannya setiap tahun. Anda mahu menjadi salah satu orang tersebut? Jom ikut kami!
Note: Anda akan berjalan sedikit, jadi jangan lupa bawa kasut yang selesa 🙂
7. TASIK HALLSTATT, AUSTRIA
Hallstatt ialah sebuah bandar kecil seperti dongeng yang ditaburi dengan rumah berwarna pastel dan jalan berbatu dan berliku serta dikelilingi oleh Pergunungan Alpen Batu Kapur Utara yang menarik. Ia terletak di antara Salzburg dan Graz, di Daerah Tasik Salzkammergut, Austria. Dianggap sebagai salah satu penempatan tertua yang masih didiami di Eropah, Hallstatt ialah tapak warisan UNESCO dan menjadi tarikan pelancong Austria yang penting. Anda akan dapat melihat Tasik Hallstatt yang sangat cantik dan menakjubkan di sana.
8. SALZBURGH, AUSTRIA
Gabungan unik landskap Alpine yang indah dan kekayaan seni bina telah membawa kepada reputasi Salzburg sebagai salah satu bandar tercantik di dunia. Pemandangan gunung yang luas, seni bina barok yang berhias, istana yang cantik, dataran pasar yang sibuk dan sudah tentu semuanya menjadikan Salzburg sebagai salah satu destinasi pelancongan terkemuka di Austria. Bukan itu sahaja, Salzburg juga terkenal sebagai tempat kelahiran komposer terkenal Mozart. Disebabkan ini, anda akan dapat merasakan pengaruh Mozart di seluruh bandar di mana jalan-jalan hidup dengan muzik dan terdapat juga pemuzik berbakat di setiap sudut.
9. MUNICH, GERMANY
Munich terletak di selatan Jerman dan berfungsi sebagai ibu kota negeri Bavaria. Terdapat banyak tarikan pelancong yang menakjubkan seperti tapak bersejarah yang penting, taman dan istana yang indah, kehidupan malam yang aktif, peluang membeli-belah yang menarik dan juga festival yang menakjubkan. Selain dari itu, ia juga menjadi tempat terbaik untuk anda menerokai selatan Jerman dan juga tasik Alpine. Menariknyaaa!
Anda dah baca sampai habis? Jadi, apa pandangan anda? Jika anda berminat untuk bersama-sama kami menjelajah tempat-tempat tersebut, Jom join Pakej Alps Ventures ini! Boleh terus tekan link disini okay https://jomventures.com/pakej-switzerland-alps-ventures/