Jangan tinggalkan Trip London anda tanpa melawat ke tempat ini

United Kingdom merupakan 10 negara teratas di dunia yang mencatatkan jumlah tertinggi pelancong asing. Di antara bandar yang ada, Kota London telah menerima pelancong asing jauh lebih tinggi berbanding bandar-bandar yang lain iaitu diikuti dengan Bandar Edinburgh, Manchester, Birmingham dan seterusnya. Tapi, kenapa Kota London? Apa yang menarik di sana? Jom kita lihat

1. Istana Buckingham

Istana Buckingham merupakan rumah kepada keluarga Diraja British sejak tahun 1837 dan telah diiktiraf di seluruh dunia sebagai rumah Ratu serta tumpuan perayaan kebangsaan Diraja. Dari luar, anda dapat melihat Changing of the Guard yang cukup terkenal ini dan prosedur tersebut akan berlaku beberapa kali setiap hari membolehkan anda berpeluang untuk menyaksikan tradisi bersejarah serta disiplin tertinggi para Pengawal Diraja di sana. Istana Buckingham ini juga dibuka kepada orang awam tetapi hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja.

2. Tower Bridge

Salah satu mercu tanda ikonik terbaik bagi London! Reka bentuk dan struktur yang dibina hasil gabungan elemen bascule dan ampaian yang cukup unik ini menjadikan ianya sangat menakjubkan. Di bahagian dalam Tower Bridge, anda boleh melakukan aktiviti seperti berjalan di atas lantai kaca, melawat bilik enjin Victoria dan bilik bascule, dan melihat pameran di laluan barat serta timur. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengambil gambar di laluan perjalan kaki dengan berlatar belakangkan Tower Brigde yang cantik serta bot-bot yang lalu akan menjadikan gambar anda lebih menarik!

3. Westminster Abbey

Westminster Abbey mungkin merupakan gereja paling terkenal di UK yang telah berfungsi selama hampir 1000 tahun sebagai tapak keagamaan. Ia dibuka kepada orang awam hampir setiap hari. Antara sebab lain yang menjadikan Westminster Abbey cukup terkenal adalah kerana bangunan itu sendiri yang tersergam megah, merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO, mempunyai lebih drpd 1000 tahun sejarah, tokoh-tokoh pintu besar utara yang sangat terperinci dan terdapat monumen kepada ahli politik dan negarawan British. Jika anda melawat ke sana, pastikan anda juga tidak ketinggalan untuk berehat di Parliment Square yang menampilkan patung individu politik terpenting termasuk Nelson Mandela dan Winston Churchill.

4. London Eye

London Eye, pengalaman yang tiada tandingannya. Ia adalah satu-satunya tarikan yang menawarkan perspektif 360 darjah yang sentiasa berubah-ubah di pusat Kota London. Anda boleh lihat London dari sungai, puncak bangunan dan juga dari 404 kaki tinggi, semuanya dalam satu lawatan! London Eye yang betul-betul terletak di tengah pusat bandar menawarkan permandangan yang cantik termasuklah Houses of Parliment dan Westminster Abbey.

Itu baru 4 tempat yang min cadangkan.. Sebenarnya banyak lagi tau perkara menarik yang boleh kita terokai di sana! Kalau anda teringin nak meneroka Kota London bersama kami, boleh ke https://jomventures.com/ untuk maklumat lanjut.

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain