Zermatt? Anda boleh bayangkan ianya berada di antara lereng-lereng gunung yang curam menjadikan hampir kesemua sudut seperti pemandangan di dalam poskad! Cool kan? Itu baru sahaja permandangan, malah ada lagi yang lebih menarik tau kat sana. Jom kita tengok
1. Sebarang pengangkutan yang mencemarkan udara, dilarang.
Untuk mengelakkan pencemaran udara, seluruh Bandar Zermatt adalah zon bebas dari pembakaran enjin kereta. Hanya kenderaan elektrik atau bateri sahaja dibenarkan. Oleh sebab tu kawasan tersebut jadi lebih senyap dan tenang untuk anda yang inginkan percutian yang menenangkan. Jika anda ingin bersiar-siar, anda boleh jalan kaki atau menaiki e-Bus/e-Taxi.
2. Kereta Api Gornergrat
Kereta Api Gornergrat sudah pastinya menjadi tarikan utama pelancong untuk singgah ke sini. Tahu tak yang kereta api ini merupakan kereta api roda gigi berkuasa elektrik pertama di Switzerland. Masa yang diambil menaiki kereta api ini untuk menuju ke station Bandar Zermatt adalah selama 33 minit. Tinggi kan?
3. Zermatt Village
Perkampungan Zermatt telah dibentuk dengan gabungan tradisional dan moden. Ianya unik termasuklah dengan jalan bebas kereta, chalet gaya swiss serta kedai dan restoran kecil menjadikan Bandar Zermatt sesuai untuk anda bersiar-siar.
4. The Matterhorn
Tahu gunung apa tu? Itu lah gunung yang ada pada coklat Toblerone! Matterhorn ini adalah puncak gunung paling popular di Switzerland yang merupakan kejadian alam yang hebat dimana bentuk piramidnya yang hampir sempurna! Anda boleh melihatnya dari Gornergrat Bahn dimana ia menawarkan permandangan dan latar belakang yang sangat cool tau!
5. Ski & Sukan Musim Sejuk
Zermatt mempunyai resort ski tertinggi di Switzerland dan aktiviti ski dapat dilakukan sepanjang tahun di sini. Ini bermakna anda juga boleh bermain ski semasa musim panas! Sambil anda berski, sambil anda berpeluang melihat permandangan hebat termasuklah Matterhorn!
Jangan lupa untuk singgah di Zermatt kalau sudah berada di Switzerland ye. Kalau nak senang, jom join pakej Real Switzerland di Jomventures Travel & Tours! Kami akan bawa anda kesana.
Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan pakej? Boleh klik link https://jomventures.com/pakej-real-switzerland/. Selamat Bercuti!