Kafe berkonsepkan Initial D, animasi Jepun di Ipoh

credit: Fujiwaratofashop via instagram

Initial D ialah sebuah siri lumba jalanan Jepun adaptasi dari sebuah komik yang menceritakan seorang remaja yang bernama Takumi Fujiwara, iaitu watak utama dalam animasi Initial D. Dia mempunyai keinginan untuk menjadi pemandu terbaik di Gunma Prefecture walaupun pada awal minatnya tidak cenderung ke arah pemanduan. Namun, kerjanya sebagai penghantar makan dengan mengunakan kereta klasik ayahnya telah mengasah kemahiran pemanduannya kearah yang yang luar biasa. Latar belakang kehidupan yang sederhana tidak menghalang dia untuk meneruskan cita citanya, sehingga lah dia memenangi banyak perlumbaan dan akhirnya bergabung dengan pasukan perlumbaan ekspedisi, Project D, yang dibentuk oleh Ryosuke Takahashi. Walaubagaimanapun, pengakhiran cerita ini berakhir dengan konflik yang timbul antara Takumi dan rakan nya dimana pada akhirnya spektakuler yang terjadi menyebabkan pembubaran Projek D dan Takumi meneruskan pekerjaan nya yang terdahulu sebagai penghantar tauhu dengan kereta ayahnya.

Cerita ini sangatlah popular dan mempunyai peminat di seluruh dunia sehinggalah orang ramai sanggup menghabiskan masa dan wang untuk mengumpulkan kenderaan yang muncul dalam siri manga tersebut. Kedai asal di Jepun terkenal dengan penjualan aksesori dan mainan kereta. Sebaliknya di Malaysia pula, ‘Tofu Shop’ ini menampilkan suasana kafe berkonsepkan Initial D bagi membolehkan pelanggan bersantai merasai makan dan minum sebenar dalam cerita animasi tersebut termasuklah tahu!

credit : Thamyuitfaye via intagram

Sekiranya anda sememangnya peminat siri animasi initial D, anda boleh mendapatkan peluang untuk datang ke Ipoh. Sama seperti kedai yang dilihat dalam siri animasi popular tersebut. Rekaan dalaman kafe yang membawa ‘vibes’ Jepun dan suasana dalam cerita tersebut pasti membuat anda seperti berada di sana.

Fujiwara Tofu Store dari filem aksi sebenar Initial D (2005) di Jepun.

Bukan itu sahaja, kafe ini juga ada di Subang Jaya, Selangor! Subang Jaya, merupakan kafe pertama yang dibuka di Malaysia dimana konsepnya sama dalam animasi initial D dengan nama ‘Fujiwara Tofu Shop’. Kedai tersebut dibuka secara rasmi pada bulan Oktober 2020.

credit : Thamyuitfaye via instagram

Yang menariknya lagi, anda juga boleh datang untuk mengambil gambar kerana di hadapan kafe tersebut terdapat replika persis dalam model kereta animasi Initial D. Anda boleh bergambar bersama kereta ‘legend’ iaitu Toyota Corolla AE86, Mitsubitsi Lancer Evo yang diguna oleh Takumi Fujiwara ketika berlumba dalam animasi tersebut dan banyak lagi!

credit: Thamyuitfaye via instagram

Terdapat pelbagai seleksi makanan yang anda boleh cuba seperti  tofu fa, nasi lemak, tomyam fishball dan banyak lagi. Untuk makluman anda dan juga peminat animasi cerita ini, kafe ini adalah ‘free pork’ dan ‘free alcohol’. Jadi apa tunggu lagi!

credit: gambar paling atas di laman WapCar 

Fakta: Untuk pengetahuan anda, FujiwaraTofu adalah nama tempat Takumi Fujiwara tinggal bersama ayahnya Bunta.

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain