Blausee merupakan sebuah tasik yang popular di Switzerland. Walaupun kawasannya kecil, tapi namanya besar dalam kalangan pelancong ke Switzerland.

gambar dari trip Pakej Real Switzerland

Tasik ini mempunyai kedalaman paling dalam sehingga 10 meter. Tapi anda masih boleh lihat batu besar dan kayu yang terdapat dalam tasik kerana airnya yang sangat jernih. Sehingga boleh dipanggil crystal-clear water.

Tasik ini dikelilingi dengan taman semula jadi yang cantik. Dari pintu masuk ke tasik ini, anda akan melalui jalan yang dibuat melalui alam semula jadi yang cantik. Di tasik ini juga anda berpeluang menaiki bot dan akan ada guide yang akan pandu dan bercerita mengenai tasik Blausee.

Jika berminat untuk menikmati keindahan tasik ini. Boleh join dengan kami dalam pakej REAL SWITZERLAND dan ALPS VENTURES.

Boleh dapatkan maklumat lanjut dengan layari laman sesawang kami.

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain