Edinburgh adalah sebuah bandar yang terletak di Scotland. Antara tarikan pelancong yang popular di Edinburgh adalah Edinburgh Castle.

Ia merupakan sebuah kubu yang kuat dan pernah menjadi kediaman Raja-Raja Scotland. Terletak di tebing gunung berapi yang telah pupus yang dipanggil Castle Rock dan berada di ketinggian 135 meter dari permukaan laut menghadap ke kota Edinburgh.

Istana Edinburgh ni mesti dikunjungi dengan santai kerana mempunyai banyak pemandangan menarik untuk dilihat. Ia merupakan sebuah museum dan dalam pada masa yang sama kita juga dapat menikmati pemandangan bandar Edinburgh yang menakjubkan dari tempat yang tinggi. Ia merupakan pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

Terdapat banyak tarikan yang menarik boleh kita lihat di Edinburgh Castle ni. Antaranya ialah Meriam Pukul Satu, Santa Margarita Chapel, Scottish Honors, Mons Meg dan Royal Palace.

Jom sertai kami kembara ke Scotland.

Selamat Mengembara.

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain