Macam Mana Nak Cari Makanan Halal di Luar Negara?

Nak bercuti di luar negara tapi risau pasal makanan? Halal ke tidak? Tidak dinafikan kalau kita pergi ke negara luar yang hanya sebahagian kecil penduduknya adalah Muslim, memang agak sukar untuk mencari makanan yang halal. Jadi, kalini min nak share sikit tips yang boleh kita gunakan waktu nak cari makanan kat sana

1. Logo Halal

Anda boleh search terlebih dahulu di Google untuk mengetahui dimana lokasi restoran halal. Sesudah sampai di sana, anda perlu pastikan mereka mempunyai sijil halal di kedai tersebut.

2. Restoran untuk vegetarian

Anda mempunyai pilihan untuk makan di kedai yang menyediakan makanan berasaskan sayur-sayuran sahaja. Tetapi anda wajib bertanya terlebih dahulu mengenai bahan-bahan yang mereka gunakan di dalam masakan mereka untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

3. Restoran Makanan Laut

Restoran halal jauh dari lokasi percutian anda? Jadi anda masih ada peluang untuk mencari makanan di kedai-kedai yang menawarkan makanan laut seperti ikan, udang dan sebagainya. Namun, anda masih perlu berhati-hati dan bertanya terlebih dahulu jika mereka menggunakan bahan alkohol, wain atau lemak haiwan di dalam masakan mereka.

4. Tahu istilah khinzir dalam bahasa lain

Ketahui terlebih dahulu perkataan khinzir yang digunakan oleh bahasa negara luar. Ini memudahkan anda mengetahui sama ada makanan tersebut mengandungi bahan terlarang ataupun tidak.

5. Masak sendiri

Jika anda masih tidak yakin tentang status halal makanan di negara luar, anda boleh membeli bahan-bahan masak dan memasak sendiri di kediaman anda. Pastikan bahan-bahan yang dibeli mempunyai label halal di packaging bahan tersebut yee

Kalau nak lebih senang lagi, boleh lah join trip Jomventures. Tour guide kami akan bawa anda ke kedai-kedai makanan halal dan sedap tau! Tak perlu pening-pening fikir nak makan apa dah, just enjoy sepanjang percutian okay! hehe

Selamat Bercuti semua!

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain